Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, August 03, 2005

Temuramah Eksklusif Bersama Isteri Asshahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA ISTERI AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang
memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan perolehi dari Allah (sesuatupun)yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepadamu. (Al-Baqarah : 120)

Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa
dan pendirian yang mengkagumkan. Sinar suara yang tiada nilaian serta
tutur katanya yang lemah lembut. Apa yang lebih penting, sifat tawadu’
terhimpun pada percakapan, perbualan juga tindak-balasnya. Kami katakana
kepadanya : Sesuailah ungkapan kepada puan ( Di sebalik setiap lelaki
hebat pasti ada seorang wanita). Kata beliau “ TIDAK! Demi Allah, jika
ada di sana wanita yang menjadi sebab kejayaan Dr. Rantisi dan menjadi
sebab sampainya matlamatnya tidak lain tidak bukan adalah ibunya yang
membimbing dan mendidiknya, ibunyalah jua yang menanamkan kewibawaan,
keizzahan” maka dengan kalimat inilah bermulanya dialog kami bersama Puan
Rasa (Ummu Muhammad) isteri as-Syahid Dr. Abdul Aziz ar-Rantisi.


Bagaimana titik perkenalan puan dengan as-Syahid?

Saya seorang gadis yang telah tamat pendidikan menengah dan ketika itu
saya bukanlah pendokong terus kepada gerakan Islam tetapi saya
menyokong ke arahnya, tidak seperti sahabat-sahabat sebaya dengan saya yang
menjadi pendokong terus kepada gerakan Islam. Saya sangat berkeinginan
untuk menyempurnakan pengajian di universiti tetapi kedua orang tua saya
membantah kerana niat saya adalah untuk ke Mesir bagi meneruskan
pengajian saya. Semasa Abu Muhammad (Dr. Rantisi) masuk meminang saya, saya
dapati padanya terdapat sifat-sifat yang menjadi idaman gadis-gadis,
lebih-lebih lagi kerjayanya sebagai seorang doctor. Beliau tidak pernah
menyakiti atau melukai saya walaupun hanya dengan satu kalimah dan beliau
sentiasa menjaga kebenaran, oleh itu beliau menjadi amat istimewa di
kalangan masyarakat.


Apakah cabaran, mehnah dan tribulasi yang as-Syahid hadapi?

Saya telah bersedia dengan masalah penahanannya samada pada intifadah
pertama atau kedua, perkara ini pastilah amat sukar bagi saya pada
permulaannya tetapi apa yang membuatkan saya teguh dan cekal ialah keimanan
bahawa Allah s.w.t telah yang mentakdirkannya sebegitu. Sesungguhnya
gerakan ini adalah tanggungjawab kita samada beliau bersama atau tidak.

Ketika percubaan membunuh beliau pada tahun lepas, ketika itu saya
sedang bekerja, saya jadi kaku dan segala kerja saya terhenti lalu saya
memohon untuk pulang ke rumah. Saya yakin adalah sukar untuk sampai ke
Hospital Shifa’yang dipenuhi dengan kebanyakan orang dan saya telah
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Harus kita ketahui sesungguhnya jalan yang dilalui oleh Abu Muhammad
(as-Syahid) sepanjang kehidupan jihadnya selama lebih 30 tahun adalah
semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t. Hanya dengan itu akan tercapai
kebahagian yang hakiki. Jalan ini bukanlah jalan yang dihampar dengan
permaidani mera. Ia penuh dengan halangan dan pengorbanan tetapi
matlamat mulia yang diimpikan menjadikan manusia itu jauh daripada rasa rendah
diri dan hina dengan apa yang dibawa. Ini adalah sunnatullah dalam
dakwah semenjak saidina Adam a.s. sehinggalh ke hari ini.


Bagaimanakah metod Dr. Rantisi dalam mendidik anak-anak?

Dalam kemuncak kesibukannya, walaupun dikritik dan ditekan oleh
pelbagai pihak termasuk media, sewaktu beliau di rumah jika ada sesuatu yang
ingin diambil dan masuk ke bilik, apabila terlihat cucunya atau
menantunya ataupun salah seorang daripada anak-anaknya maka cepat-cepat beliau
tersenyum dan bertanya khabar dan keadaan mereka. Beliau amat mengambil
berat walaupun perkara yang kecil kepada setiap orang yang bersamanya
seperti mana telah saya jelaskan tadi bahawa beliau sangat menjaga
hubungan silaturahim walaupun hanya berhubung melalui telefon. Tambahan pula
beliau adalah seorang yang amat menyayangi kanak-kanak terutama cucunya
yang seramai 14 orang. Anak beliau Ahmad 21 tahun, yang terlibat dalam
operasi pembunuhan tersebut amat menyerupai ayahnya samada dari segi
luaran mahupun dalaman. Dia bercita-cita mengikut jejak langkah bapanya.
Ahmad juga seorang pemuda yang amat menjaga kesatuan bersama
rakan-rakannya serta sentiasa menekankan sifat tawadu’ dan kepercayaan kepada
diri.


Bagaimana penerimaan Dr. Rantisi tentang berita syahidnya Syeikh Yasin?

Dr. Rantisi amat terkesan dengan kesyahidan pemimpin yang juga
sahabatnya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas ketka majlis peringatan
as-Syahid Syeikh Ahmad Yasin. Saya lihat beliau menangis ketika mana
disebut nama sahabat beliau itu, beliau merasakan amat berat unutk memikul
tanggungjawab meneruskan perjuangan yang amat penting dan berat ini.
Akhirnya, beliau bersetuju meneruskan hadaf perjuangan beliau dan para
saudaranya.


Adakah Dr. Rantisi terkesan dengan operasi pembunuhan Syeikh Ahmad
Yasin?

Saya teringat kata-katanya pada majlis peringatan tersebut, dia tidak
menyalahkan Sharon atas tindakan biadap tersebut tetapi sebagai seorang
insan seperti Syeikh Ahmad Yain, jika beliau tidak dibunuh beliau akan
tetap mati. “ Sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan
mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati
itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat
mempengaruhi diri saya katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan
menyusuli setelah pemergianmu”.


Apakah wasiat Dr. Rantisi kepada puan sekeluarga sebelum pemergiannya?

Sepanjang kehidupan beliau “Berjuang..Berjihad..” ;ebih dari 30 tahun,
beliau adalah seorang mujahid “Penyuluh ke jalan Allah” samada dari
segi muamalat, akhlak, jihad, ibadat, kemasyarakatan, politik dan
perhubungan adalah merupakan satu wasiat yang paling besar buat kami... kami
akan berpegang dengan didikan beliau, Insya-Allah.


Bagaimana penerimaan puan terhadap berita kesyahidan Dr Rantisi?

Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun
saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan
pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu “fadlun” pemberian
Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian
saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin
bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian
saya bertambah yakin apabila mendengar radio “Suara Aqsa” pada waktu itu
berkumandang azan Isya’ kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke
atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid.
Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya
terus berwudu’ dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah
agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak. “dan Allah s.w.t sendiri
telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..”


Adakah Dr. Rantisi sendiri merasakan bahawa dirinya telah dekat dengan
syahadah?

Tidak ada apa-apa tanda ke arah itu…dan persedian beliau adalah setiap
saat, masa, jam dan seluruh hidupnya adalah menjadikan Rasulullah s.a.w
sebagai contoh ikutan terbaik. Setiap pekerjaan yang dilakukannya
dibina atas asas taqwa kepada Allah, ikhlas serta menggunakan masa dengan
sebaik-baiknya…beliau mengamalkan Islam secara sempurna dan memberikan
setiap yang berhak akan haknya…


Setiap para syuhada’ akan ada tanda-tanda kemuliaannya…maka apakah
karamah Dr. Rantisi?

Darah as-Syahid terus mengalir keluar walaupun setelah 20 jam selepas
beliau syahid, haruman kasturi menyeliputi seluruh jasad beliau. Di
samping itu, kami sekeluarga merasakan bahawa Allah telah memberikan
keteguhan hati dan ketabahan kepada kami selepas beliau syahid. Akhirnya,
senyuman yang tergambar jelas di bibirnya…bagi saya itu adalah karamah
as-Syahid.


Bagaimana kehidupan Dr. Rantisi sebagai seorang bapa, suami, datuk dan
pejuang?

As-Syahid merupakan seorang berperi Islam yang unggul sesuai dengan
sepotong ayat yang bermaksud : “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Az-Zariyat : 56). Beliau
mencontohi Rasulullah s.a.w samada dari segi akhlak, hubungan masyarakat,
kekeluargaan dan perjuangannya ke semua ini pada as-Syahid adalah satu
ibadah, samada mentaati ibunya, pergaulan bersama isterinya, memuliakan
anak-anak, gurauan bersama cucu-cucunya dan bersikap tegas terhadap
kuffar serta musuh Islam. Manakala di pejabatnya beliau bersifat tawadu’
dengan sesiapa yang bermuamalah dengannya.


Sikap atau sifat as-Syahid yang tidak akan puan lupakan?

Sepanjang kehidupan suami saya adalah sikap yang tidak dapat dilupakan
selamanya. Tetapi di sana ada satu situasi yang saya ingin kongsi
bersama, ketika saya sedang mengemas rumah dengan tidak sengaja televisyen
yang saya angkat terjatuh dan menyebabkan ia tidak berfungsi lagi, saya
rasa amat bersalah di atas peristiwa tersebut kerana selepas keluarnya
Dr. Rantisi dari tahanan memang suar untuk kami membeli barang yang
baru, tanpa saya sedari begitu beliau dating kepada saya dan bertanya
sebab kerisauan hati saya. Apabila saya menceritakan segalanya lantas
beliau berkata, “ Tiap-tiap sesuatu ada ajalnya yang telah Allah tetapkan,
apa yang dikehendakiNya maka pasti akan berlaku ” kata beliau dalam
keadaan tersenyum.


Apakah saat-saat terakhir Dr. Rantisi bersama keluarga? Dan apakah
kalimah terakhir as-Syahid? Dan bagaimana keadaan diri beliau pada hari
syahidnya beliau?

Saat akhir hidup beliau, tidak nampak perubahan yang ketara ketika
bersama kami. Beliau sentiasa memberikan setiap yang berhak itu akan haknya
walaupun beliau dalam keadaan sibuk...tentang hal-hal keluarga dan
perkahwinan anak kami, iaitu Ahmad yang turut terkorban bersama ayahnya,
mengenai persiapan perkahwinan, tempat tinggal dan sebagainya beliau
kelihatan sangat gembira. Dan kalimah terakhir ketika beliau bersama kami
ialah..”Tuhanku masukkan aku ke syurga…inilah kemuncak impianku..”


Apakah cita-cita Dr. Rantisi?

Cita-cita beliau ialah dapat bertemu dengan Allah dalam keadaan
syahid..tidak ada yang lebih dari itu.


Bagaimana kehidupan as-Syahid ketika mana mengiri kesyahidan Syeikh
Ahmad Yasin?

Saya memang tidak akan menyangka bahawa hidup beliau boleh berubah
kerana sesungguhnya beliau sememangnya tahu hadaf hidupnya dan jalan
terakhir yang akan di laluinya iaitu jalan Istisyad (mempersiap diri untuk
syahid) dan Jihad.


Apa yang ingin puan katakana kepada muslimat Palestin yang sedang
menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan
sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah
bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda :

“ Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan
dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah
dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya
”. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku
yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah
syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam
kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta
menghimpunkan kamu bersama siapa yang kamu sayangi di bawah paying
rahmatNya.


Kalimah taujihat untuk pemerintah negara-negara Arab, pemuda-pemudi
Palestin khasnya dan pemuda-pemudi Arab umumnya?

“ Dan peliharalah dirimu (dari azab yang terjadi) pada hari yang pada
waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing
diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya,
sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya “ (al-Baqarah : 281)

Untuk muda-mudi ingin saya katakan kepada mereka: “Pulanglah kepada
panduan asal kamu…kembalilah semula kepada keizzahan dan kemuliaan
kamu…kembalilah kepada Islam, berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan
jadikanlah ia sebagai perlembagaan hidup.



Sumber:
Suara Kampus (Edisi Shoubra) – Julai 2004
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home