Scroll images by bigoo.ws

Friday, August 05, 2005

SUKSES! MOTIVASI UPSR


Sukses! itulah cogankata motivasi UPSR yang telah dapat dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pemuda Pas Jasin. Ketua pengarah program Sdr. Md Nor Modeng berkata tujuan program tersebut dijalankan adalah untuk mempersiapkan dan memantapkan pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dengan mendedahkan mereka kepada ilmu yang sewajarnya. Berkeyakinan, berakhlak mulia dan semangat jati diri adalah ciri-ciri yang difikirkan perlu ada pada seorang pelajar muslim.
Program tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran melebihi kuota yang ditetapkan. " Saya berasa puas hati dengan program ini. Anak saya diajar bagaimana cara menghormati guru, menelaah pelajaran dan menjawab dalam peperiksaan. Tapi yang saya paling seronok ialah anak saya diajar bagaimana menjadi seorang pelajar muslim yang baik.", kata seorang bapa apabila diminta memberi pandangan selepas program motivasi itu tamat. " Saya akan hantar anak saya yang lain pula tahun hadapan ,insyallah".

p/s - maklumat bergambar 1. Ketua Pemuda Pas Negeri Melaka alfadhil Ustaz Kamarudin Sidek sedang memberikan sijil kepada seorang peserta sambil disaksikan pengarah program Sdr. Md Noh Modeng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home