Scroll images by bigoo.ws

Friday, October 07, 2005

Pejuang Agama Allah Selayaknya Terima Zakat



Pejuang agama Allah selayaknya terima zakat – Ustaz Zulkifli
Monday, October 03 @ 16:57:41 MYT
Oleh OMAR SAIDIMELAKA, 3 Okt (Hrkh) - Para pejuang yang menegakan agama Allah adalah golongan selayaknya menerima zakat, kata Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.
Beliau berkata tidak sah zakat seseorang yang dibayar kepada mana-mana kerajaan yang tidak menjalankan peraturan atau hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.
Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat berkata demikian dalam ucapan perasmian pelancaran ‘"Semarak Ramadan’ anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di Markas PAS Bukit Katil malam semalam.
Beliau berkata walaupun cabaran sentiasa meningkat, perjuangan untuk menegakan agama Allah wajib diteruskan.
Katanya, menurut seorang ulama terkenal, Prof Dr Yusuf Al Qardhawi, penyertaan dalam pilihan raya adalah diharuskan untuk meneruskan perjuangan dan tidak semestikan melalui kekerasan.
Majlis tersebut dihadiri 50 pemimpin PAS kawasan dan cawangan dari seluruh kawasan Bukit Katil.
Ustaz Zulkifli berkata, bulan Ramadan adalah bulan menggembirakan bagi umat Islam yang sentiasa dinanti-nantikan pada setiap tahun.
"Bulan Ramadaan banyak berlaku peristiwa yang memberi pengajaran untuk kita agar terus beristiqamah di dalam perjuangan untuk menegakan agama Allah seperti peperangan Badar Al-Qubra yang berlaku pada tahun kedua Hijrah,” katanya.
Beliau mengingatkan pejuang Islam supaya tidak sambil lewa dalam perjuangan,
Sebagai orang yang bertakwa, sepatutnya kita berasa gerun kepada Allah dan puasa bukanlah matlamat tetapi ketakwaan adalah terpenting, katanya.
Beliau berkata Ramadan adalah umpama sebuah madrasah yang melatih diri kita supaya lebih bertakwa.
Terdahulu Pengerusi Semarak Ramadan PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ali Sharif meminta para pimpinan dan ahli PAS mengikut program Lajnah Tarbiyah PAS Negeri Melaka iaitu:
1. Tilawah dan Tadabur ayat-aayat seperti berikut.
1.1 Surah Al Fatiha- Asas agama yang sempurna
1.2 Al Muzammil-Bekalan Ruh di sepanjang jalan dakwah dan perjuangan.
1.3 Al Muddathir- Dakwah dan persediaan para daie.
1.4 Al Saff- Penyusunan Jemaah agar tersusun rapi.
1.5 Al Hujurat- Adab pemimpim dan pendukung dakwah.
1.6 Al Qital (Muhammad) kesetiaan kepada perjuangan dan jihad.
1.7 Al Fath- Mencapai kemenangan.
Modul 11 (Hafalan)
1. Ayat 1 -10 Surah Al Muzzammil.
2. Ayat 1- 10 Surah Al Muddathir.
Modul 111: Ma'thurat Sughra (Pagi dan Petang)
Modul 1V : Qiamulai (Sepanjang 10 terakhir bulan Ramadan).
Selain itu kata Haji Ali, sesiapa yang ingin imfak seperti barang makanan beras, gula minyak masak dan susu sila hubungi Ketua Lajnah Ekonomi, Abd Rahim Idris nombor telefon: 0196087287 atau Haji Ali Sharif di talian 0196551818. - lanh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home