Antara imam 10 minit dan imam 5 tahun
Oleh Lanh
PESURUHJAYA PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mempunyai gaya tersendiri ketika menyampaikan ceramah. Beliau kerap menggunakan sindiran dan 'bercakap gaya terbalik'. Gaya ini memang terkenal di Melaka, misalnya jika seorang anak nakal yang baru jatuh dari sebatang pokok, bapanya akan berleter: "Hah, panjat lagi, panjat...panjat!"
Petang Ahad lalu (25 September), ketika hadir di majlis ‘Hi-Tea’ PAS Pernu bagi meraikan kunjungan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Melaka, penulis tertarik benar dengan hujah Ustaz Abdul Ghani dalam ucapan alu-aluannya, antara lain berbunyi: “Kalau pilih imam solat, wah, kita cari orang yang betul-betul baik. Orang yang betul-betul kita yakini. Kita tak pilih orang kaki judi. Kita tidak pilih kaki botol.
“Bagaimanapun apabila lantik pemimpin, ini imam juga, kita pilih yang tak baik. Kita pilih yang rasuah. Kita pilih yang tak amanah. Imam sembayang 10 minit aja, tapi kita nak yang terbaik, tapi imam di luar sana, masanya panjang, mungkin lima tahun (satu penggal pilihan raya), takkan kita nak serahkan nasib kita pada pemimpin jenis ini. Hah, nanti di akhirat nanti ikutlah pemimpin jenis ini.”
Kata Ustaz Abdul Ghani, kewajipan solat itu diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika Israk Mikraj, jadi ada kaitan antara ibadah itu dengan peristiwa-peristiwa yang dipertontonkan kepada Nabi s.a.w. sepanjang perjalanan ke Sidratul Muntaha. Kalau memilih imam solat, kita pilih yang terbaik di kalangan kita, tentulah apabila memilih pemimpin, kita akan memilih yang terbaik. Ini tidak, yang rasuah juga yang dipilihnya.
Bagi menaik dan mengobarkan semangat ahli dan penyokong PAS Melaka yang masih tertunggu-tunggu kelahiran anak sulung (kerusi pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen), Ustaz Abdul Ghani memandang kepada Tuan Guru Abdul Hadi dan berkata: “Hah, ni Presiden PAS ni, sudah 11 hari balik dari Kosovo tetapi masih belum balik lagi ke rumahnya di Terengganu. Pulang saja dari Kosovo dia teruskan kerja-kerja dakwah, dan hari ini Presiden ada di sini.
“Tuan-tuan ukurlah pengorbanan tuan-tuan jika hendak dibandingkan dengan Tuan Guru. Tuan-tuan boleh rasalah pengorbanan tuan-tuan. Kita nak tinggalkan rumah, anak isteri isshh, susah. Pengorbanan apa tu?”
Sesuai dengan kunjungannya ke Melaka, Tuan Guru yang berucap selepas Ustaz Abdul Ghani, menyuntik dan menyemarakkan semangat penyokong PAS Negeri dengan berkata bumi Melakalah menyaksikan hukum-hakam Islam dilaksanakan dan selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511, bermulalah perjuangan memerdekakan tanah air oleh anak watan.
Perjuangan mereka menentang penjajah adalah jihad, dan bagi menguatkan tekanan ke atas kuasa-kuasa Barat, anak watan turut dibantu oleh orang Aceh, Bugis dan Riau dan sebagainya.
Ramai yang berhijrah ke Semenanjung dan adalah salah untuk mengatakan mereka datang ke sini semata-mata untuk ‘menanam sebatang dua pokok kelapa’ (mencari kehidupan) kerana itu menunjukkan kekecilan jiwa, sedangkan mereka ke sini adalah untuk menyebar dan mempertahankan Islam.

Tuan Guru percaya pelbagai bahan bukti sejarah disembunyikan bagi menafikan bahawa Islam pernah menjadi kuasa pentadbir di rantau sebelah ini. Misalnya, nama Melaka itu, ada tertera dalam sebuah bangunan di Sepanyol (Malaka yang membawa maksud pertemuan pendakwah dan ilmuan) sedangkan yang kerap ditonjolkan Melaka itu asalnya daripada pokok Melaka.
Demikian juga penemuan orang Aceh keturunan Turki oleh kumpulan bantuan dari Turki selepas tragedi tsunami baru-baru ini membuktikan wujud hubungan erat antara empayar Melayu Lama seperti Aceh, Johor-Riau, Pattani dengan pusat pemerintah Islam ketika itu iaitu Khalifah Uthmaniyah yang berpangkalan di Istanbul.

Tuan Guru berkata, selepas pelbagai ekspedisi penjajahan, Barat akhirnya mengakui bahawa Islam tidak boleh dihapuskan selagi umat masih memiliki al-Quran dan Makkah sebagai tempat pertemuan tahunan (haji).
Katanya, kuasa Barat cukup gerun jika Islam dijadikan panduan dalam semua bidang kehidupan termasuk doktrin politik yang cita-citanya ialah mendirikan sebuah kerajaan Islam.
“Islam saja yang boleh memerdekakan manusia, ideologi bikinan akan menyebabkan manusia dijajah oleh makhluk,” katanya.
“Islam saja yang boleh memerdekakan manusia, ideologi bikinan akan menyebabkan manusia dijajah oleh makhluk,” katanya.
Tuan Guru mengambil sirah Nabi sebagai panduan; Nabi membebaskan kota suci Makkah bukan daripada tangan penjajah Inggeris, China, India atau Belanda, tetapi membebaskannya daripada cengkaman penguasa sebangsa.
Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan bahawa, “kita tidak lagi merdeka selagi Islam tidak memerintah.”
Tuan Guru Abdul Hadi mengingatkan bahawa, “kita tidak lagi merdeka selagi Islam tidak memerintah.”
Menghalusi dan menghayati kata-kata Tuan Guru, menyerlahkan betapa kerdilnya diri apatah lagi untuk melakukan pengorbanan seperti disebutkan oleh Ustaz Abdul Ghani.
Bukan saja rasa tidak terdaya untuk bergerak ke arah matlamat perjuangan seperti diutarakan Tuan Guru Abdul Hadi, untuk membina rumah tangga yang berasaskan kehidupan Islam sepenuhnya pun dirasakan sukar sedangkan rumah tangga adalah medan pertama ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sebahagian besar kegagalan itu disebabkan oleh kurang ilmu dan faktor dominan lain ialah suasana persekitaran yang tidak kondunsif ke arah melahirkan masyarakat Islam syumul.
Sebagai contoh betapa sukar mengajar anak-anak akan kehidupan berpaksikan agama sedangkan ‘mata dan telinga’ mereka terbuka kepada unsur-unsur negatif melalui media massa – TV, akhbar, majalah, buku dan sebagainya.

Agak ketara idola anak-anak terbabas kerana mereka menjadikan penyanyi dan bintang pop sebagai panduan sedangkan jarang-jarang sekali, termasuk di kalangan orang dewasa, yang menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ‘role model’ masing-masing.
Pemimpin juga tidak menunjukkan contoh yang baik, jadi bagaimana dapat dilahirkan masyarakat yang baik.
Pemimpin juga tidak menunjukkan contoh yang baik, jadi bagaimana dapat dilahirkan masyarakat yang baik.
Jika imam masjid saja (masa bertugasnya 10 minit setiap solat) dipilih di kalangan ‘orang baik-baik’ sedangkan di luar sana penyamun dan perasuah dijadikan pemimpin, maka akan lahirkan umat yang baik semasa di masjid (atau ketika solat saja), tapi apabila keluar daripada lingkungan itu, mereka tidak lagi kenal batas dosa atau pahala.
Itulah masyarakat yang kita lahirkan hari ini, buktinya anak-anak semakin kurang ajar, rasuah dan maksiat bermaharajalela manakala kebajikan tidak dipandang sebelah mata. Namun sebagai pendukung gerakan Islam, perjuangan wajib diteruskan sehinggalah ke tarikan nafas terakhir. Allahu-Akbar!
Sumber : Harakahdaily
0 Comments:
Post a Comment
<< Home