Scroll images by bigoo.ws

Friday, December 23, 2005

Manusia Bahagia Bila....


Manusia bahagia bila dia dapat membuka mata. Untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak perkara yang bererti.Manusia dapat bahagia bila dia mahu membuka mata hati.
Untuk menyedari, betapa dia dicintai. Manusia dapat bahagia, bila dia mahu membuka diri. Agar orang lain dapat mencintainya dengan tulus.Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri yang ada. Manusia buta kerana ego dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa dia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mahu sedar kerana serakah.
Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak diindahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal didepan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinomborsatukan.Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan nombor satu dalam satu perkara, belum tentu dalam perkara lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.Kebahagiaan bersumber dari dalam diri kita sendiri. Jikalau berharap dari orang lain, maka bersiaplah untuk ditinggalkan, bersiaplah untuk dikhianati.Kita akan bahagia bila kita dapat menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.Percayalah kepada Tuhan, dan bersyukurlah kepadaNya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tidak perlu berkeras hati. DIA akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bebahagialah kerana kita dicintai begitu ramai orang.
Hidup yang tidak memiliki tujuan
jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home