Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, August 17, 2005

Sangat Gila, Khianat dan Korup!


Keputusan meletakkan pembelajaran bahasa inggeris pada subjek matematik dan sains adalah satu tindakan 'sangat gila'. Begitulah pandangan tokoh-tokoh intelektual dalam perjumpaan dengan pimpinan pemuda pas pusat yang disampaikan oleh naib ketua pemuda pas pusat saudara Mazlan Aliman dalam program Kibaran Bendera yang diadakan di Dataran Hamas, Jasin.
Beliau berkata tindakan gila tersebut samalah gilanya tindakan Rafidah Aziz yang menyarankan supaya AP dimansuhkan. Dia yang membuat polisi, dia juga yang ingin memansuhkannya.
Saudara Mazlan dengan tegas mengatakan apa yang berlaku di dalam negara kita ini adalah hasil buah tangan dan kecelaruan pemimpin yang korup seperti umno. Dengan pelbagai masalah dan gejala buruk yang ditimbulkan oleh pemimpin umno, sepatutnya rakyat sudah sedar .Mereka perlu memilih pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab.
Apa yang berlaku hari ini, ramai dikalangan pemimpin sibuk mengumpulkan harta sedangkan ianya tidak berlaku pada pimpinan terdahulu seperti Dr. Burhanuddin, Ahmad Bostaman dan lain-lain lagi yang ikhlas berjuang sehingga ada yang sanggup dipenjara demi perjuangan agama, bangsa dan negara.
Hasil perbincangan dengan tokoh-tokoh intelektual, malaysia perlu kembali kepada 'roh agama' untuk menghasilkan pemimpin yang amanah dan tidak korup seperti sekarang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home