Scroll images by bigoo.ws

Friday, September 16, 2005

BERITA YANG MENYAYAT HATI!

Mahkamah benarkan siasat status agama bekas ustazah
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN
KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan peguam bela seorang bekas ustazah yang dituduh murtad supaya siasatan dijalankan bagi mengesahkan sama ada wanita itu masih beragama Islam atau sebaliknya.
Hakim Muhammad Abdullah ketika membuat keputusan itu berkata, siasatan terhadap status Kamariah Ali, 54, perlu dilakukan kerana perbicaraan di mahkamah itu tidak boleh dijalankan terhadap tertuduh yang bukan beragama Islam.
"Jika benar dakwaan bahawa dia (Kamariah) telah murtad, maka Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa bagi meneruskan perbicaraan terhadap tertuduh yang bukan beragama Islam,'' ujarnya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan tersebut.
Terdahulu, peguam yang mewakili Kamariah, Wan Mohamed Haidi Wan Jusoh mengemukakan usul agar satu siasatan dijalankan bagi menentukan status agama anak guamnya itu.
Menurutnya, ini disebabkan Kamariah secara konsisten telah mengisytiharkan bahawa dirinya telah keluar daripada Islam sejak tahun 1998.
Wan Mohamed Haidi berkata, ini berpandukan kepada nota prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan yang menunjukkan bahawa Kamariah pernah cuba untuk keluar daripada agama tersebut.
Kamariah, salah seorang pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin, didakwa mengikut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengaku bukan Islam, yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Beliau dituduh mengeluarkan kenyataan telah keluar daripada Islam di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek pada 12.50 tengah hari 21 Julai lalu semasa di bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Besut.
Sementara itu, pegawai pendakwa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mokhtar Salleh berkata, disebabkan usul itu dibuat secara mengejut, beliau memohon diberikan masa bagi menjalankan siasatan terperinci terhadap status agama Kamariah.
Berikutan itu, Hakim Muhammad menetapkan 5 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan pihak pendakwa mengemukakan hujahnya.
Sumber : Utusan Malaysia
p/s : Islam Hadhari tiada kuasa.!!!!! bertentangan dengan Islam sebenar!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home