Scroll images by bigoo.ws

Sunday, December 25, 2005

Hilangnya Sudah Sifat Malu Kaum Hawa.....

oleh : sahabat304
Sepatutnya berita ini saya sudah masukkan di dalam blog ini semalam, tetapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan terpaksa dibawa ke hari ini. Apabila terbaca berita ini saya teringat peristiwa penangkapan 3 orang wanita Islam didalam pertandingan ratu cantik dimana ketiga-tiga wanita itu telah ditangkap oleh mufti selangor ketika itu iaitu Ustaz Ishak Baharom yang kemudiannya dipecat dari jawatan beliau dan ketiga-tiga peserta ratu cantik terlepas dari segala hukuman ( kat dunia jer la ). Pada hari ini kita dihidangkan dengan cerita yang hampir sama cuma watak dan tempatnya saja yang berbeza. Tidak dapat hendak saya ungkapkan dalam tulisan saya kerana semuanya yang ditangkap adalah wanita melayu yang beragama Islam. Sedih sungguh hati ini mengenangkan umat Islam sekarang ini, hanya Islam pada nama sahaja tapi dari segi perlakuan tidak ubah seperti kaum kafir. Yang lebih menyedihkan, ada sebilangan dari mereka yang terlibat sudah mempunyai anak. Tak dapat saya bayangkan bagaimana nasib si anak pada masa akan datang. Beginilah yang terjadi jika sistem pemerintahan negara mengamalkan sistem pemerintahan dari barat. Hilang segala nilai-nilai murni orang melayu Islam zaman sekarang. Belum selesai isu gejala sosial yang melibatkan para remaja sudah datang gejala yang baru..
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani perkara ini..??adakah Pak Lah dan anak anak buahnya bangga dengan Islam Hadhari ciptaannya..???.. jika usaha kerajaan hanya pada PLKN saya rasa elok dilupakan...jika kerajaan hanya memandang remeh perkara ini tidak mustahil yang Malaysia suatu hari nanti akan menjadi seperti negara Barat. Hilang sudah cahaya Islam di Bumi Malaysia dan sia-sia sahajala kedatangan pedagang arab menyebarkan dakyah islam ketika pemerintahan kesultanan Melayu Melaka..Mereka lebih mementing kehidupan duniawi yang mengejar kemewahan dan kebendaan. Apa yang saya harapkan agar kita selaku pejuang dan pendakwah agama Islam tidak akan berundur bahkan sentiasa berusaha dan sentiasa mara dalam memperjuangkan Agama Islam sehingga akhir hayat.-Salam Perjuangan
*********************************************************************
Wanita Melayu menari bogel: Rosak bangsa kerana leka
Oleh Meor Riduwan Ahmad
PETALING JAYA: Empat wanita Melayu, dua daripadanya ibu muda, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan melakukan perbuatan lucah dan berbogel di pusat hiburan.

Zainah Abdul Rahman, 23, dari No 45 Condo Sri Jelatik Seksyen 10 Wangsa Maju; Nor’ain Mawis, 20, dari Jalan Pekaka 8/14 Seksyen 8 Kota Damansara; Zaleha Abdul Abdul Rahim,30, dari Pangsapuri Ukay Perdana, Ulu Klang dan Rena Miasin, 25, dari SS 22/2 Damansara Jaya, membuat pengakuan itu selepas mendengar pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa melakukan perbuatan lucah dengan menari bogel di Pusat Hiburan China Town Nite Club, di No 86-92 Jalan SS21/12 Damansara Utama, dekat sini, 16 Disember lalu, jam 10.45 malam.Mereka didakwa menari bogel hingga menimbulkan kegusaran kepada khalayak ramai dan didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga bulan penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Azmi Awang Lah menawarkan jaminan RM6,000 bagi tertuduh pertama hingga ketiga dan RM5,000 untuk tertuduh keempat.Bagaimanapun, peguam Zainah, Roslie Sulle merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai seorang anak dan kini tidak bekerja.Majistret Khainur Aleeza Ismail kemudian menetapkan ikat jamin RM2,500 setiap tertuduh dan tarikh 27 Mac depan untuk sebutan semula kes itu.dua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Azmi Awang Lah menawarkan jaminan RM6,000 bagi tertuduh pertama hingga ketiga dan RM5,000 untuk tertuduh keempat.Bagaimanapun, peguam Zainah, Roslie Sulle merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai seorang anak dan kini tidak bekerja.Majistret Khainur Aleeza Ismail kemudian menetapkan ikat jamin RM2,500 setiap tertuduh dan tarikh 27 Mac depan untuk sebutan semula kes itu.Roslie Sulle merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai seorang anak dan kini tidak bekerja.Majistret Khainur Aleeza Ismail kemudian menetapkan ikat jamin RM2,500 setiap tertuduh dan tarikh 27 Mac depan untuk sebutan semula kes itu.
Sumber dari Harian Metro 24 December 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home