Isu Allahyarham Muhammad a.k.a Moorthy dari Roslan SMS
HARI JUMAAT YANG GELAP UNTUK ISLAM!!!!
JENAZAH ALLAHYARHAM KOPRAL MOHAMAD a.k.a MOORTHY AKAN DIKEBUMIKAN ESOK
TERKINI. Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan INJUCTION, perintah menahan mayat Allahyarham Muhammad a.k.a Moorthy dari disempurna dan dikebumikan oleh pihak JAWI.
Perintah tersebut telah dipohon oleh isteri dan keluarga Moorthy yang masih beragama Hindu.
Gelaplah masa depan Islam jika begini lakunya?!! Sebagai seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam saya merasa begitu terkilan, sedih dan begitu malu sekali. Mana duduknya wibawa mahkamah syariah sekiranya bab berkenaan umat Islam sendiri tidak dapat dibela dan dipertahankannya.
Siapakah yang menanggung dosa penagguhan urusan jenazah ini?
PEMBETULAN
Mahkamah Tinggi (Sivil) TIDAK mengeluarkan INJUNCTION. Akan tetapi keputusan untuk tidak menyerahkan mayat kepada pihak JAWI dan ATM dibuat oleh Pengarah HKL apabila pihak keluarga dan isteri Allahyarham yang masih beragama Hindu telah membantah dan enggan memberikan keizinan.
Pengarah HKL Dr Azmi Shapie dilaporkan berkata:
Perkara ini di luar bidang kuasa HKL dan memandangkan tidak ada kata sepakat antara pihak-pihak yang menuntut jenazah tersebut, adalah lebih baik kita tunggu sehingga keputusan Mahkamah Tinggi. Berdasarkan beberapa dokumen iaitu keputusan Mahkamah Syariah dan juga permohonan kepada mahkamah sivil (oleh keluarga Moorthy), serta rayuan keluarga, adalah lebih baik mayat tidak diserahkan sehingga kes dibicarakan.
Saya tidak pasti apakah Pengarah HKL memiliki kuasa sedemikian. Tetapi yang pastinya mahkamah cuma akan bersidang pada 29 haribulan Disember ini iaitu hari Khamis bermakna mayat Allahyarham terpaksa menunggu kira-kira 1 minggu lagi sebelum diputuskan samada dikebumikan cara Islam ataupun dikerjakan mengikut adat Hindu.
Apa pun saya merasakan perkara ini sudah berlarutan terlalu lama dan pihak yang berkenaan telah mengambil sikap dan pendirian yang didorong oleh emosi semata-mata.
Sedar tak sedar keputusan Pengarah HKL itu sebenarnya telah menghina keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Saya berdoa semoga keputusan beliau itu bukannya atas tekanan menteri beliau (yang akan menambah kusutkan lagi isu ini).
BERNAMA melaporkan suasana tegang di luar bilik mayat HKL.
Saya percaya kiranya pihak JAWI dan ATM diberikan kebebasan menyempurnakan mayat si mati siang tadi pasti suasana tegang dapat dikawal.
Membiarkan kes ini berlarutan bermakna membiarkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati membara dan membakar untuk seminggu lagi. Dan dalam hal ini Pengarah HKL perlu memikul risikonya.
Kesimpulannya bagi saya hari Jummat ini tetap hari yang gelap untuk Islam!
********************************************************************* JENAZAH ALLAHYARHAM KOPRAL MOHAMAD a.k.a MOORTHY AKAN DIKEBUMIKAN ESOK
TERKINI. Alhmadulillah jenazah Allahyarham Koporal Mohammad Abdullah atau juga dikenali sebagai Moorthy insyallah akan dikebumikan esok menurut hukum syarak.
Perintah mahkamah ini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah hakimnya Mahyuddni Ibrahim mendengar permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang telah memohon perintah untuk mengkebumikan jenazah Allahyarham yang kini disimpan di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah ianya turut dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan mengikut adat Hindu iaitu agama asalnya.
Adalah difahamkan mahkamah mengeluarkan perintah tersebut setelah berpuas hati dengan dokumen dan fakta relevan yang telah dikemuka dan dihujahkan oleh peguam MAIWP.
Menurut sumber pihak JAWI dengan kerjasama polis akan menuntut mayat Allahyarham esok pagi sekitar jam 8.00 untuk segera disempurna dan dikebumikan.
Sekalung tahniah kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pihak Kor Agama ATM (KAGAT) kerana bertindak tegas dan pantas untuk menyelamatkan keadaan dan sekaligus membela dan mempertahankan maruah agama.
Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham itu, Al Fatihah.
*********************************************************************
ISU ALLAHYARHAM KOPRAL MOHAMAD:DAP TAK PERLU BERMAIN DENGAN API
*********************************************************************
ISU ALLAHYARHAM KOPRAL MOHAMAD:DAP TAK PERLU BERMAIN DENGAN API
Berdasarkan rekod yang ada pada pihak JAWI dan kesaksian rakan-rakan dan para pegawai di Angkatan tentera Malaysia dan KAGAT Allahyarham Korporal Mohammad bin Abdullah atau M. Moorthy telah memeluk Islam diwaktu hayatnya.
Takdir menentukan yang Allah swt telah menjemputnya dalam keadaan ramai dikalangan ahli keluarga dan kenalannya tidak berkesempatan mengetahui darihal perubahan kepercayaan dan aqidahnya itu.
Isu ini bukan konspirasi, isu ini bukan isu perkauman, isu ini bukan disengajakan, ianya adalah masalah seorang warganegara Malaysia berbangsa India, bekas anggota keselamatan, yang asalnya dari keluarga Hindu tetapi kemudiannya telah memeluk Islam, bukannya tanpa pengetahuan orang-ramai, pengislamannya cukup syarat dan disaksikan ramai, masalahnya beliau memilih untuk tidak memaklumkan ahli keluarganya, mereka yang dikelilingnya.Pasti Allahyarham ada sebab-sebabnya.
Pasti Allahyarham yang berusia 36 tahun itu telah memikirkan semasak-masaknya perkara ini. Apa pun itu hak beliau, hak yang dijamin oleh perlembagaan dan undang-undang, dan tidak ada sesiapa yang memiliki kuasa untuk menghalang atau menarik-balik hak tersebut.
Dalam hal ini saya kesal dengan kenyataan akhbar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang boleh didapati di :-
Kata Guan Eng:
Tidak ada sesiapa yang dapat memahami mengapa pihak Tentera dan pihak berkuasa agama enggan memaklumkan darihal pengislamana bekas hero Everest ini. Adakah kerana mereka bimbang akan penentangan kaum keluarga terhadap agama barunya. Itu tidak sepatutnya terjadi kerana imannya sepatutnya teguh, cukup teguh menahan tekanan dari semua pihak termasuk kaum keluarga.
DAP berharap agar pihak yang berkenaan dapat bertindak dengan penuh ihsan dan menyerahkan mayat si mati kembali kepada pangkuan keluarganya, tempat di mana beliau telah selama ini hidup sebagai seorang Hindu.
Terbukti berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada, sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak JAWI dan KAGAT, Allahyarham meninggal dalam keadaan beragama Islam, maka sepatutnya kaum keluarga termasuklah Guan Eng dan DAP sendiri menghormati hakikat ini berdasarkan pilihan yang dibuat oleh si mati.
Pihak JAWI dan KAGAT sekadar melaksanakan tanggungjawab mereka menurut peruntukkan undang-undang dan berdasarkan peraturan yang dipakai oleh mereka yang menganut agama Islam.
Dalam hal ini membenarkan mayat si mati dikebumikan dengan cara yang selain dari peraturan Islam sesungguhnya merampas hak si mati dan menghina umat Islam keseluruhannya.
Pasti Guan Eng dan DAP lebih bijak dari mahu bermain api dan melukakan hati umat Islam yang sedang memerhati perkembangan kes ini dengan penuh kesabaran.
*********************************************************************
KES KOPRAL MOHAMAD ABDULLAH ala MOORTHY :BERTEGASLAH PADA TEMPATNYA
Saya terkilan apabila melihat kenyataan peguam kepada balu Allahyarham yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 dan NTV7 semalam.
Kedua-dua peguam A. Sivanesan dan M. Manoharan atas arahan anak guam mereka telah membuat beberapa permohonan di mahkamah semalam. Antaranya memohon injuksi menahan pihak JAWI dari menuntut mayat Allahyarham untuk dikebumikan, memohon pengisytiharan mahkamah bahawa dokumen penukaran agama dari Hindu ke Islam yang dikeluarkan oleh JAWI adalah tidak sah dan terbatal dan bahawa anak guam mereka Kaliammal adalah isteri Allahyarham yang sah sehingga tarikh kematiannya.
Allahyarham Koporal Mohamad Abdullah ataupun Moorthy adalah bekas wira negara, rakyat Malaysia pertama yang pernah berjaya mendaki Gunung Everest.
Kedua-dua peguam itu semalam telah mengeluarkan kenyataan berkenaan permohonan mereka itu yang saya kira rata-rata menyinggung dan menghiris perasaan umat Islam. Saya mengatakan demikian kerana menurut laporan akhbar (khasnya UTUSAN, akhbar berbahasa Inggeris nampaknya memilih untuk menyepi) kita difahamkan pihak JAWI telah pun mengesahkan bahawa Allahyarham telah memeluk agama Islam pada 23 April 2004 di Unit Kor Agama Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan.
Oleh itu apabila kedua-dua peguam dengan ghairah menyatakan secara terbuka bahawa Allahyarham tidak pernah ke masjid, tidak pernah berpuasa, tidak pernah mengamalkan adat istiadat (amalan) Islam semasa hidupnya, mereka seolah-olah mencabar pengislaman Allahyarham, dan menganggap kalaupun Allahyarham telah memeluk Islam, dia pasti telah murtad!
Bagi saya kedua-dua peguam termasuklah kaum keluarga Allahyarham yang masih belum Islam perlulah menghormati sensitiviti umat Islam. Jangan kerana terlalu ghairah dalam tuntutan masing-masing sehingga berani memijak dan menghina Islam sebagai sebuah agama yang dianut oleh majoriti rakyat di negara ini.Bagi saya rakan-rakan kita dari Angkatan Tentera perlulah dipuji kerana segera membuat tuntutan terhadap mayat Allahyarham itu. Sesungguhnya isu utama di sini adalah terbukti melalui dokumen dan persaksian bahawa Allahyarham telah memeluk Islam semasa hayatnya, maka di sana menjadi tuntutan FARDHU KIFAYAH terhadap kita yang hidup (tak kiralah Umno atau PAS atau sesiapa sahaja yang Islam) bagi memastikan jenazah Allahyarham disempurnakan menurut hukum Islam.
Masalah keluarga yang tidak berpuas hati, itu hak mereka, dan mereka bolehlah membuat tuntutan atau mencabar kesahihan dokumen pengislaman Allahyarham melalui proses undang-undang. Walaubagaimanapun hak kita dan hak si mati sebagai seorang Islam jangan pula dinafi atau dilengahkan.
Oleh kerana berdasarkan dokumen yang ada khasnya yang melibatkan Jabatan Agama Islam Wilayah, dan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengarah JAWI dalam UTUSAN hari ini:
Jabatan Agama juga bukan sahaja merupakan agensi kerajaan, malah satu badan yang autoriti bagi apa juga masalah umat Islam di negara ini
maka mayat Allahyarham WAJIB dibebaskan oleh pihak Hospitak KL (HKL) untuk segera dikebumikan. Proses undang-undang boleh berjalan, tetapi proses hukum Allah juga perlu dijalankan dengan diberi keutamaan.
Saya tidak bermaksud mahu menyinggung hak atau tuntutan mana-mana pihak namun saya merasakan demi maruah Islam dan umatnya, JAWI yang bertanggungjawab terus kepada SPB Yang Dipertuan Agung perlu diberikan kebebasan dan laluan untuk menjalankan tugas mereka. Berlembutlah dimana yang perlu dan bertegaslah dimana perlu, jangan sampai Islam menjadi bahan dagangan, bahan tawar-menawar.
sumber dari
http://n32.blogspot.com/
http://n32.blogspot.com/
P/S :-
Beginilah yang terjadi bila sesebuah negara mengamalkan undang-undang ciptaan sendiri. Sehinggakan masalah agama yang berlaku tidak dapat diselesaikan. Kesian kepada mayat yang terseksa akibat undang-undang yang diamalkan ini terutama di sebuah negara Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam tapi tak ubah seperti kapal selam..wallahualam
0 Comments:
Post a Comment
<< Home