Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 05, 2006

Kaedah Kecemerlangan : Kejayaan Bukannya Satu Untuk Destinasi Tetapi Satu Perjalanan

Mendapat markah yang tinggi (score) adalah penting tetapi yang lebih penting ialah kemampuan untuk berdisiplin demi melalui lorong kejayaan.

1- TENTUKAN CITA-CITA. Pemain bolasepak sanggup berkorban utk mendapatkan gol. Begitulah juga dengan hidup. Kejelasan cita-cita dan matlamat menJadi seperti gol yang mampu merangsang diri. Saya dahulunya bercita-cita utk menjadi doktor sejak di Tingkatan 3 lagi. Selepas itu, alhamdulillah, saya tidak menoleh ke belakang.

2- PENGUASAAN ILMU ADALAH IBADAH. Kaitkan setiap langkah yang dibuat utk mendapat ilmu di kampus dengan ibadah. Ibadah perlukan pengorbanan. Ibadah mendekatkan kita dengan Allah. Ibadah menaikkan darjat kita di sisi Allah. Saya jadi terangsang untuk belajar ketika mengingatkan hadis bahawa "Setiap burung dilangit, ikan di air dan haiwan di darat mendoakan kebaikan kpd pencari ilmu." Hadis ini menyedarkan saya bahawa saya adalah khalifah Allah dan saya hanya akan menjadi khalifah yg baik dengan ilmu. Dengan itu datanglah minat iaitu enthusiasm utk belajar. Dengan itu lahirlah fokus / tumpuan ketika saya belajar.

3- KONSISTEN. Islam mengajar kita utk beristiqamah dalam kebaikan. Istiqamah bermaksud berterusan dalam melakukan sesuatu. Dan kita hanya boleh beristiqamah jika kita mulakan awal. 'Last minute' bukan tabiat orang Islam. Jika kira mulakan awal, kita akan kuasai rentak kita. Kerja 'last minute' memang akan melemahkan semangat. samalah seperti anda masuk lumba lari maraton. Anda datang lambat selepas kesemua peserta memulakan larian 1 jam lebih awal. Sudah pasti anda akan lemah semangat. MUlakan awal dan konsisten dengannya. Jika perlu buat jadual waktu dan nilai perlaksanaannya setiap malam.

4- BACA BUKU-BUKU PEMBENTUKAN DIRI: Sesetengah orang terangsang selepas membaca buku-buku 'self development' seperti 'See You At The Top' oleh Zig Zaglar dan seumpamanya. Saya terangsang dengan membaca al-Quran. Selepas itu bina kemahiran tentang cara mendengar, membuat nota dan seumpamanya.

Semuanya bermula dengan diri anda dan diri anda bermula dengan sikap anda sendiri. Semoga bermanfaat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home