Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 01, 2006

Kebimbangan Orang Kristian Kepada Peningkatan Bilangan Umat Islam - Wanita Itali dilarang kahwin lelaki Muslim

KAHERAH: Paderi kanan Vatican memberi amaran kepada wanita Itali supaya tidak mengahwini lelaki Muslim yang semakin meningkat bilangannya di negara itu, atas alasan berbeza budaya dan agama.

ANUGERAH BINTANG POPULAR

Pegawai gereja berkata Itali setakat ini menyaksikan 20,000 perkahwinan antara wanita Itali dan Muslim, lapor perkhidmatan IslamOnline yang memetik Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Bilangan penduduk Islam di Itali kini mencecah sejuta orang.

Paderi Besar Rome, Camillo Ruini memberi alasan, masalah perbezaan budaya bagi isu seperti peranan wanita dan pendidikan anak menyukarkan wanita Katolik mengahwini warga Muslim.
"Pengalaman lalu menyebabkan kita mengeluarkan peraturan umum melarang atau tidak menggalakkan perkahwinan sedemikian," katanya dalam satu dokumen yang dikeluarkan baru-baru ini.

"Perkahwinan campur pasangan berbeza agama iaitu Muslim dan Kristian, menimbulkan masalahyang tidak dialami pasangan lain," kata Ruini yang dianggap pemimpin Konservatif dan rapat dengan mendiang Pope John Paul II.

Pope John Paul mencatat sejarah sebagai pope pertama bersembahyang dalam masjid ketika mengunjungi Damsyik. Penggantinya, Benedict XVI, ada menegaskan yang dia juga berhasrat menggalakkan dialog antara budaya dan agama dengan dunia Islam.
Ruini juga menyuarakan kebimbangannya di atas peningkatan perkahwinan Islam-Kristian yang disifatkannya sebagai rapuh.

Mengikut maklumat Pejabat Statistik ISTAT, ada lebih 19,000 perkahwinan seumpamanya di Itali."
Amaran Ruini itu menyamai peringatan dibuat Paderi Besar Vatican Stephen Hamao, yang menulis mengenai apa disifatkan sebagai `pengalaman pahit' wanita Eropah selepas mengahwini lelaki Muslim.

Sementara itu, paderi Katolik Mesir, Kristian Van Spen yang juga profesor pengajian Falsafah Universiti Kaherah berkata, peringatan Vatican itu lahir atas kebimbangan semakin ramai umat Islam di Itali.

"Mereka bimbang wanita terbabit memeluk Islam. Malah, ini akan disusuli pula anak-anak mereka dan seterusnya meramaikan umat Islam di Ital," katanya. – Agensi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home