Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, August 24, 2005

SIS desak Kerajaan Persekutuan saman Terengganu wartakan hudud

SIS desak Kerajaan Persekutuan saman Terengganu wartakan hudud
Saudara Pengarang,
SISTERS In Islam (SIS) sangat kesal dengan keputusan kerajaan negeriTerengganu mewartakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (hudud dan qisas)2003. Enakmen tersebut jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga menyalahi prinsip keadilan yang sebenarnya ditekankan dalam Islam.SIS menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membawa hal ini ke mahkamah untukmenjelaskan bidang kuasa perundangan persekutuan dan negeri dalam bidangundang-undang jenayah sebagaimana terpakai pada orang Islam. KerajaanPersekutuan mestilah bertanggungjawab untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan merupakan asas bagi sistem kerajaan, negara dan masyarakat.Setelah enakmen ini `dikuatkuasakan' di Terengganu, adakah ini bermaksud bahawa setiap orang Islam yang dituduh melakukan jenayah seperti pencurian, rompakan, murtad atau hubungan seks haram akan didakwa dibawah enakmen hudud? Adakah Kanun Keseksaan digantung pemakaiannya diTerengganu? Pihak manakah yang akan memulakan tindakan untuk melaksanakan enakmen ini? Apakah latihan yang telah dilalui oleh pihak polis, parahakim, peguam jenayah pendakwa raya bagi membolehkan mereka melaksanakanundang-undang hudud di Terengganu?Siapakah yang akan bertanggungjawab memotong tangan dan kaki atau merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah? Apakah pandangan Persatuan Perubatan Malaysia sekiranya ada ahli mereka yang terlibat dalam pelaksanaan hukuman hudud? Adakah pencuri boleh mengambil anggota yang telah dipotong dan membawanya kepada seorang doktor bedah plastikTerengganu untuk disambung semula?
SIS masih membantah Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Ia mendiskriminasi terhadap wanita.
2. Ia mendiskriminasi terhadap orang bukan Islam.
3. Ia memilih pendapat yang paling keras, sempit dan menindas untukdikanunkan sebagai undang-undang.
4. Ia gagal untuk melihat secara menyeluruh nas bagi hukuman hudud, danmenumpukan unsur taubat, pemulihan, pengampunan dan kemaafan.
5. Ia menambah dua lagi jenayah - murtad dan minuman memabukkan (syurb) -di bawah hudud sedangkan hukuman untuk kesalahan tersebut tidak terdapatdi dalam al-Quran.
6. Ia bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
7. Ia melanggar nilai-nilai hak asasi manusia sejagat kerana hukuman yang dilakukan boleh dianggap sebagai satu `penganiayaan atau layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah seseorang'.
SIS akur bahawa di dalam al-Quran sendiri ada menyebut hukuman bagi empat jenis kesalahan - pemotongan anggota badan untuk pencurian dan rompakan,serta hukuman sebat bagi perbuatan zina dan tuduhan-tuduhan palsu mengenai zina (qazaf). Namun demikian, pelaksanaan hudud secara sempit dan runcitan, dalam konteks masyarakat moden yang berbilang agama,menimbulkan persoalan penting sama ada konsep keadilan - iaitu tujuan utama undang-undang tersebut - sebaliknya menjadi korban asalkan peraturan tertentu sahaja dipatuhi.Konsep hudud sebenarnya menetapkan sekumpulan garis panduan menyeluruh yang merangkumi segala aspek keagamaan, moral dan perundangan. Bagaimanapun pandangan ahli hudud telah membawa maksud yang sempit terhadap konsep yang menyeluruh ini apabila ia hanya ditumpukan kepada hukuman mandatori sahaja. Peruntukan untuk taubat dan pemulihan sebagaimana termaktub dalam al-Quran berkaitan dengan empat kesalahan yang disebut tadi tidak diambil kira sama sekali atau cuma tinggal sebagai peruntukan mekanikal yang tidak membawa ertinya yang sebenar.
Terdapat hukum fikh yang menyatakan: Elakkan hukuman hudud dalam keadaanyang meragukan. Ini berasaskan hadis Rasulullah s.a.w supaya hukuman hudud patut dielakkan apabila terdapat cara pelepasannya, kerana adalah lebih baik jika kesilapan dibuat dalam melepaskan pesalah, daripada dalammengenakan hukuman. Para ahli fikir telah berhujah bahawa maksud am dalamhadis ini tidaklah terbatas kepada proses pembuktian kesalahan sahaja.Dengan demikian, nasihat supaya berwaspada yang diberikan dalam hadis inibolehlah dipakai untuk mengurangkan hukuman hudud kepada takzir di mana badan perundangan dan kehakiman boleh memutuskan mengenai jenis hukuman yang paling sesuai, serta pemulihan dan pencegahan.Matlamat utama ajaran Islam ialah untuk mencegah jenayah. Memajukan dan melindungi hak asasi manusia bagi para ummah, memastikan keadilan sosioekonomi, mendidik para ummah mengenai ajaran dan hukum Islam supaya mereka menjadi bertanggungjawab untuk mematuhinya adalah diperlukan sebelum hukuman hudud boleh dilaksanakan.Desakan bagi hukuman hudud secara sempit dan runcitan tanpa mengadakan suasana dan persekitaran yang sepatutnya tidak mungkin akan membawa hasil yang diingini. Sebaliknya ia boleh mengakibatkan penindasan dan ketidakadilan.
Rekod penguatkuasaan perundangan hudud di negara seperti Pakistan dan Nigeria telah mencemar imej Islam dan hukum hudud.Pelaksanaan perundangan hudud di zaman ini telah menunjukkan pencabulan yang melampau terhadap hak, biologi dan taraf wanita sebagai mangsa.Syariah juga berpegang kepada prinsip maslahah yang menjamin kepentingan awam. Perundangan Islam hendaklah mengukuhkan keadilan. Apa jua yangmenyelewengkan keadilan menjadi ketidakadilan... kerahmatan kepadakezaliman, faedah kepada kemudaratan, dan hikmah kepada keaiban menjadi mafsadah dan tidak boleh dianggap sebagai suruhan ajaran Islam.
-SISTERS IN ISLAM.
sumber - utusan malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home