Scroll images by bigoo.ws

Saturday, September 03, 2005

ISU BERPELUK ANTARA RAFIDAH DAN MAHATHIR

oleh tshirtprinter
Tiada lain isu yang cukup memalukan umat Islam dalam masa beberapa hari ini selain isu berpeluk antara Rafidah dengan Mahathir. Terperanjat!, cemas!, mual!, Teruja! dan pelbagai lagi perasaan yang timbul apabila melihat gambar yang penuh dengan maksud maksiat disisi Islam. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana banyak lagi laman-laman web yang lain turut membidas perbuatan tersebut. Cuma yang paling penting ialah sikap orang-orang atas pagar dan penyokong fanatik UMNO dalam menilai perbuatan tersebut. Beginilah pemimpin yang kamu pilih. Pemimpin yang sejak dulu lagi tidak mahu berubah setelah kamu semua memberi peluang demi peluang demi peluang! TETAPI maksiat sentiasa melingkari hidup mereka.
Isu bersalam antara lelaki dengan perempuan ajnabi sudah tidak jadi isu lagi setelah dipromosi oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Faktor halal haram sudah tidak jadi hal lagi malah ia dipraktikkan pula dengan dasyatnya oleh pelajar-pelajar akademi fantasia secara LIVE!.
Kenapa?
Kerana ia sudah dibudayakan oleh Pimpinan saudara semua. Dan adakah berpelukkan juga ingin dibudayakan pula? WAIYAZUBILLAH!!
Kalau nak cerita ni panjang..Memang panjang kerana sejarah taghut UMNO ni sejak dahulu lagi. Cuma satulah nasihat saya... Tinggalkanlah UMNO.
Supaya kamu tidak ada saham sama di akhirat kelak.
p/s - malu aku nak tujukkan gambar maksiat tu!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home