Coret-coret
Sahabat304
Genap setahun sudah tragedi Tsunami yang melanda dibeberapa negara Asia. Tsunami yang telah meragut ribuan nyawa hidupan telah memberikan trauma kepada manusia-manusia yang terselamat. Tragedi yang menyebabkan manusia kehilangan sanak saudara,insan tersayang, hilang tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya. Tapi ingatkah kita dimana kejadian yang berlaku adalah bala dari Allah S.W.T.Lihatlah, betapa kerdilnya kita hendak menyekat kuasa Allah. Allah menurunkan bala bersebab, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan renungkan perkara yang terjadi. Kita lihat amalan kita, apa yang telah kita sumbangkan dalam memperjuangkan dan mempertahankan agama kita yakni ISLAM itu sendiri..??..
Kita lihat, kenapa Allah menurunkan bala sedemikian rupa kepada kita terutama umat Islam yang berada di Malaysia. Di Malaysia, rata-ratanya penduduk di Malaysia beragama Islam tetapi adakah kita masih melaksanakan hukum-hukum Islam di bumi Malaysia ini..???..walaupun majoriti pemimpin kita beragama Islam tapi di Malaysia masih mengamalkan undang-undang sekular. Kenapa Malaysia yang pernah diistiharkan sebagai negara Islam masih lagi membenarkan umat Islam yang berumur 18 tahun keatas menukar agama Islam kepada agama yang lain.???.bukankah perkara ini secara terang-terangan mencabar dan menghina Islam. Kita lihatlah kes Natrah dan Aishah Bukhari. Bagaimana kerajaan Malaysia mengambil tindakan dalam menangani masalah ini dan apakah usaha mereka menarik kembali orang Islam yang telah murtad kembali kepada agama Islam..??..seperkara lagi, kenapa sebuah negara Islam masih lagi menyediakan pusat-pusat hiburan, perjudian, mengamalkan sistem riba' dan banyak lagi ( tak mampu saya nyatakan kerana terlalu banyak ). Sedih hati saya diatas apa yang berlaku. Rata-rata yang terlibat dalam kegiatan seperti ini adalah orang melayu yang beragama Islam. Lihatlah, lihatlah...ada ini yang dikatakan Malaysia Cemerlang dan Gemilang..???
Jadi tidak hairanlah jika Allah menurunkan bala kepada kita semua. Manusia sekarang sudah tidak takutkan akan hukum Allah bahkan berani menghina hukum Allah. Jika manusia takutkan Allah pasti hukum hudud dan Qisas sudah dilaksanakan. Tetapi sayang, manusia sekarang hanya berbekalkan pada nama Islam sahaja tapi dari segi perlakuan sudah tidak melambangkan ciri-ciri seorang Islam. Mereka lebih mementingkan serta mengejar kemewahan daripada melaksanakan amal ibadat kepada Allah. Rumah-rumah ibadat semakin kekurangan penghuni. Kes rogol, zina, kecurian, bunuh serta aktiviti gejala sosial semakin berleluasa. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti sudah tidak diguna pakai. Pemimpin memerlukan ketegasan dalam membanteras perkara ini. Wahai pemimpin-pemimpin Malaysia, sedarlah yang undang-undang Allah perlu diikuti, bukannya undang-undang ciptaan manusia kerana undang-undang ciptaan manusia memberikan impak yang negatif serta memakan diri dikemudian hari kelak. Tepuk dada tanyalah iman kamu. Berfikirnya segala kamu masih lagi mempunyai nyawa dan ingatlah bahawa masa yang berlalu tidak boleh diundur bahkan masa ini lebih berharga daripada emas. Untuk pejuang-pejuang Islam yang ingin menegakkan kebenaran, Insya-Allah, kita sama-sama memperjuangkan Islam. Kita sama-sama berusaha untuk mencari pelapis-pelapis kita agar bila kita meninggalkan alam ini kita mempunyai mata-mata rantai yang mampu meneruskan perjuangan para Rasul dan sahabat demi Islam yang tercinta.
Ayuhlah para mujahid,
Ayuhlah para mujahidah,
kita tinggalkan zaman fitnah,
Agar tertegak kalimah Allah,
Agar terbangun Dunia Baru Islam.
wallahualam-Salam Perjuangan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home