Scroll images by bigoo.ws

Friday, January 13, 2006

Bangganya Kita Dengan Bahasa Inggeris...


"Menguasai pelbagai bahasa adalah satu kelebihan anugerah Allah dan perkara biasa. Tetapi yang luar biasa bila ada anak bangsa khususnya orang Melayu lebih berbangga bila anaknya boleh bercakap macam orang Inggeris, bangsa yang pernah menjajah orang Melayu sebegitu lama, sehingga kita menjadi bangsa yang kehilangan identiti dan jati diri sebagai orang Melayu. Mengajar mata pelajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris supaya anak Melayu lebih Inggeris daripada orang Inggeris.
Betulkah matlamatnya untuk membolehkan anak Melayu pandai berbahasa Inggeris, boleh bersaing dengan orang Inggeris yang sudah maju, boleh bersaing dengan bangsa lain yang berbahasa Inggeris, pandai pula Sains dan Matematik. Bila pandai Sains dan Matematik baru boleh jadi saintis, akauntan, berniaga dan lain-lain. Bila boleh cakap Inggeris orang Inggeris hormati, orang Melayu berjiwa Inggeris hormati, orang berjiwa penjajah suka macam itu dan...Benarkan bila tak kuasai bahasa Inggeris orang Melayu tak boleh maju, tak boleh bersaing, tak boleh buat kapal terbang, tak boleh buka kilang, tak boleh buat bank, tak boleh buka universiti dan segala-gala tak mampu.
Sebab mau maju dan pandai mesti WAJIB pandai berbahasa Inggeris.
Ada ibubapa terlalu bangga dengan anaknya boleh bercakap sepatah dua perkataan Inggeris, tapi tidak terasa hina bila anaknya tidak boleh bertutur dengan bahasa ibunda sendiri, malah ada guru yang berbangsa Melayu pernah cakap kepada penulis untunglah murid-murid yang diajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Penulis bersikap positif dalam menerima pandangan sedemikian.Orang Jepun maju dengan bahasa Jepunnya, orang German maju dengan bahasa Germannya, Orang Russia maju dengan bahasa Russiannya, orang China maju dengan bahasa Mandarinnya, orang Korea maju dengan bahasa Koreannya, orang Arab maju dengan bahasa Arabnya, orang Peranchis maju dengan bahasa Peranchisnnya, dan
CUMA ORANG MELAYU SAHAJA TIDAK BOLEH MAJU DENGAN BAHASA MELAYUNYA????????????
Sebenarnya, untuk memajukan bangsa Melayu dalam semua bidang tidak perlu dasar bahasa kebangsaan yang sedia ada diubah semacam orang mahu makan ikut selera nafsu makannya, hari ini mahu makan nasi ayam, esok sup ekor, lusa nasi kandar penang dan terus berubah tanpa ketentuan........
Di mana sudah kredibiliti Perlembagaan Negara dalam bab Bahasa Rasmi , di mana sudah Akta Bahasa Kebangsaan, di mana sudah Akta Pendidikan dalam perkara bahasa pengantar pengajaran di tadika, sekolah, kolej dan universiti, di mana sudah kita berada sekarang dalam soal mempertahankan wibawa bahasa rasmi negara dan bahasa kebangsaan kitaKesimpulan kepada celoteh ini, kenapa kita sebagai rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun, Murut, Bajau, Brunei, Melanau dan bumiputera lain tidak sensitif dalam soal mendaulatkan bahasa kebangsaan kita.Benarlah kata seorang kawan kita masih tidur, makan, cari makan, bermain di bawah ketiak penjajah, walaupun sudah merdeka lebih 40 tahun.Cubalah fikir-fikirkan......."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home