Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 12, 2006

Penawar penyakit Aids telah wujud sebenarnya


Umumnya dunia telah mengetahui betapa bahayanya penyakit AIDS dan HIV. Pelbagai kaedah dilakukan bagi mencari penawarnya tetapi hingga kini penawar bagi penyakit tersebut masih belum dijumpai oleh ilmu perubatan moden.

Zina
Salah satu punca penyakit kelamin yang merbahaya di dalam abad ini sebenarnya adalah lantaran amalan seks bebas. Ekoran dari itu pelbagai penyakit terpaksa dideritai oleh manusia. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:
“perempuan yang berzina dan lelaki yangt berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (An-Nuur:2)
Kajian saintifik
Seorang pakar iaitu Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan melalui bukunya “Al-Quran dan Sains” menjelaskan bahawa di dalam badan manusia, terdapat satu sistem pertahanan badan yang dipanggil sistem imuniti. Sel yang paling berperanan dalam menghasilkan sistem pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada B Limfosit yang berkaitan dengan imuniti Humoral atau T Limfosit yang berperanan menghasilkan imuniti pembaikan sel (cell-Mediated Immune System).
Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan dirinya si permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS (Acquired Immunologic Dificiency Syndrome).
Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas melakukan zina, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4 yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia. Badan akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: Ia mesti disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakan sum-sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru.
Cara yang terbaik ialah dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di kawasan antara tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada virus AIDS di dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat daripada penyakit AIDS.
Jika sekiranya pesalah tersebut adalah mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang kurang menghasilkan antibody kerana fungsinya lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan penghasilan sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit disamping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
Allah SWT yang mencipta kita dan dia yang paling tahu segala-galanya tentang kita. Tetapi sebagai manusia yang lemah ini kita masih berdegil dan berdolak dalik untuk tidak melaksanakan hukum hudud. Kononnya tidak sesuai dengan zaman moden kerana terlalu kejam.
Saya ingin membicarakan soal pelaksanaan hukum Hudud dalam konteks negeri Terengganu lantaran saya berasal dari negeri ini. Kekalahan Pas dalam pilihanraya umum lalu telah diambil peluang oleh sesetengah golongan yang lemah dan bodoh di dalam Pas untuk menghentam kepimpinan Tok Guru Abdul Hadi Awang. Antara kata mereka ini ialah: “Cepat sangat nak buat hukum hudud, sampai rakyat tak boleh terima”. Ini adalah antara percakapan golongan lemah dan bodoh di dalam Pas (sebilangan kecil). Dan golongan sedemikian bukan datang dari Terengganu tetapi dari merata tempat di negara kita. Mereka menyalahkan Tok Guru Abdul Hadi Awang kerana kononya begitu tergesa-gesa melaksanakan hukum Hudud di Terengganu menyebabkan rakyat takut dan akhirnya menolak Pas.
Apakah golongan ini tahu dan sedar bahawa pelaksanaan hukum Allah tidak boleh ditangguh ? Sedangkan mereka tahu negara kita telah 47 tahun merdeka dari penjajahan British. Logik untuk mereka berkata demikian jika negara kita baru sebulan merdeka.
Beranikah mereka berkata tahun ini mereka belum bersedia untuk membayar zakat kerana mereka hanya ingin melakukannya 5 tahun dari sekarang ? Pembaca tentu hairan kenapa saya menempelak orang-orang Pas bukannya orang UMNO. Sudah tentu saya menempelak orang Pas kerana sebagai pendokong sebuah parti islam mengapa kita sendiri memperleceh dan mempertikai pelaksanaan hukum Hudud di negara kita ? UMNO kita semua telah jelas menolak pelaksanaan hukum Hudud kerana itu kita tidak perlu ulas apa-apa lagi tentang mereka.
Iman Besar Islam Hadhari iaitu Dollah Badawi jelas tidak berminat tentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Jika Dr. Mahathir mencela hukum Allah itu, Dollah Badawi pula walaupun tidak mencela tetapi tidak berminat langsung untuk mengadakannya.
Artikel ini ditulis bagi menjawab kesangsian golongan sekular terhadap hukum tuhan. Juga kepada para pengikut Pas sendiri yang ragu-ragu akan pelaksanaan hukum tersebut. Ketua saya iaitu Azmi Che We, Manir telah meminta saya menulis artikel tentang hukum tuhan secara ilmiah maka saya telah mengunjungi perpustakaan negeri Terengganu bagi mencari bahan maka inilah antara kandungan bahan hasil kajian saya.
Rujukan :
1.Al-Quran dan Sains - Dr Jamnul Azhar bin Mulkan
2.Petanda Keagungan - Nazri Zakaria Nota: Artikel yang ditulis oleh penulis ini pernah disiarkan oleh tranungkite.net

sumber dari http://bukitbesi.net/

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

... buat saya berfikir...

2:16 AM  

Post a Comment

<< Home