Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 12, 2006

Sembilan jalan Mat Rempit..Akhlak Muda mudi Makin Hancuss...!!

MELAKA: Sembilan jalan utama di daerah Melaka Tengah dikenal pasti dijadikan medan perlumbaan haram oleh sekumpulan Mat Rempit terutama yang datang dari daerah Alor Gajah dan Jasin.
Jalan terbabit ialah Jalan Hang Tuah Mall, Jalan Tun Razak, Lebuh Ayer Keroh, Jalan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jalan Cheng, Jalan Telok Mas, Jalan Pantai Puteri, Jalan Klebang dan terbaru di Jalan Tun Fatimah.
Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, Inspektor Ali Fuad Osman, berkata lokasi terbaru yang dijadikan sasaran pelumba terbabit ialah Jalan Tun Fatimah yang baru dibuka seminggu lalu.Menurutnya, berdasarkan pemantauan polis, kumpulan pelumba dari daerah Melaka Tengah jarang terbabit dengan perlumbaan motosikal haram kerana bimbang ditahan.
“Bagaimanapun, mereka yang datang dari daerah Alor Gajah dan Jasin sering menjadikan jalan berkenaan sebagai tempat berlumba kerana beranggapan polis tidak berani menangkap mereka berikutan jalan di kawasan itu mempunyai banyak persimpangan lampu isyarat,” katanya di sini, semalam.Ali berkata, kumpulan pelumba haram itu juga berani dengan meredah lampu isyarat apabila mengetahui polis berpakaian biasa mengejar mereka.
Beliau berkata, ada pelumba ditahan selepas terjatuh daripada motosikal.“ Kebelakangan ini, mereka menggunakan taktik baru bagi mengelak ditahan dengan melakukan aksi berbahaya .“Mereka biasanya berkumpulan lima atau enam orang akan membuat dua atau tiga pusingan dengan aksi yang membahayakan.
“Kumpulan ini akan meninggalkan lokasi berkenaan sebelum datang semula sejam kemudian untuk menunjukkan aksi sama,” katanya.
Ali berkata, kebanyakan Mat Rempit ini sanggup menggunakan nombor pendaftaran palsu, menutup atau mengaburkan nombor pendaftaran motosikal masing-masing bagi mengelak dari dikesan.
Menurutnya, kebanyakan mereka yang terbabit dengan perlumbaan motosikal haram itu terdiri daripada pekerja kilang dan pelajar.
“Sepanjang tahun lalu saja, seramai 90 Mat Rempit ditahan dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 pindaan 1999.“Dalam tempoh 11 hari pertama tahun ini, tiga pemuda sudah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana terbabit dalam perlumbaan haram,” katanya.
p/s : agak-agaknya inilah pemuda harapan bangsa kot. Siapakah yang harus dipersalahkan..??...ibubapa, guru, diri sendiri, pemimpin..atau...?????...tepuk dada tanya iman..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home