Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 12, 2006

Menjaga Kepentingan Bukan Islam (???)


"Protect rights of non-Muslims" - begitulah tajuk dalam akhbar 'the Sun' pada Jumaat 6 Januari 2006. Di muka depan pula, tajuk utamanya ialah, "Civil courts must rule" (Mahkamah Sivil MESTI Menghukum), ketika membicarakan soal bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah. Dalam majlis meja bulat yang membicarakan Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, anjuran DAP/Lim Kit Siang, kita dapati ada pula orang kuat UMNO yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu bersekongkol sama. Apakah kita umat Islam sudah tidak mempunyai suara lagi? Apakah Umat Islam yang majoriti di negaranya sendiri sudah terjajah dan tidak lagi mempunyai haknya sendiri?

Kenapa MESTI perlu menjaga hak dan kepentingan yang bukan Islam sedangkan hak dan kepentingan umat Islam sendiri boleh dicabul dan dihakis? Bukankah dengan terlaksananya Islam dan segala perundangannya seluruh umat Islam dan bukan Islam terjamin?

Premis perbincangan meja bulat tersebut adalah bersandarkan kes terkini Allayarham Muhammad (Moorthy) Abdullah. Apabila dia telah disahkan Islam, maka bukankah apa yang telah terlaksana adalah demi menjaga kepentingan hak orang Islam? Tidak lagi timbul dia seorang bukan Islam dan kepentingan seorang bukan Islam terabai. Maka hak bukan Islam tidak harus dipertikaikan dalam persoalan ini.

Dan apabila majlis meja bulat yang dihadiri segelintir manusia ini mendapat liputan meluas dari kalangan akhbar tempatan terutamanya yang dimonopoli oleh mereka yang menjaga kepentingan bukan Islam maka suara-suara yang sepatutnya membela kepentingan agama Islam terpadam dan tidak diberi ruang untuk bersuara. Yang amat sedih 2-3 akhbar yang sepatutnya memperjuangkan suara bangsa dan agama Islam tidak berani berlantang.

Akhbar NST yang kononnya dikuasai oleh UMNO kini sudah mengalih prioriti dan tidak lagi berdaya membela nasib umatnya dengan kemasukan Brendan Pereira dari ST Singapore tahun lepas. Terima kasih kepada salah satu K yang membanyangi Pak Lah. Kalimullah tidak mementingkan perjuangan bangsa dan agama. Kini, semakin ramai wartawan dan penulis berbangsa lain menyelinap masuk ke dalam NST. Yang Melayu makin terpinggir dan tidak lagi mampu berperanan. APatah lagi mereka yang berfikrah Islam. Suara untuk membela agama dan bangsa tidak lagi boleh diharapkan dari NST.

Ibrahim Baba menyeru badan-badan NGO yang sedia ada bergabung tenaga menyuarakan pendirian mempertahankan hak umat Islam dan bangsa kita di tanah air sendiri ini. Gerakkan sesuatu seperti ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s) ketika mengerakkan bantahan terhadap penubuhan Interfaith Council (IFC).

Suatu konvensyen atau forum perlu dianjurkan membicara bidang-bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Hasilnya, perlu ada resolusi dan dipersungguhkan perlaksanaan resolusi dengan mengerakkan keseluruhan NGO-NGO Islam dan Melayu bagi menzahirkan bahawa umat Islam dan bangsa Melayu masih bertapak dan berperanan di tanah airnya.

Sekian
Ibrahim Baba 12 Januari 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home