Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 15, 2006

Dakwa Mohd Ali Rustam

Melaka 13 Jan .
Akhbar perdana semalam melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuat laporan BPR terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berhubung penyalahgunaan dana tabung kesihatan negeri itu.
Dalam laporan tersebut Lim mendakwa daripada sejumlah RM908,242.33 wang tabung berkenaan sejak 19 Disember 2001, sebanyak RM590,000 telah disalahgunakan untuk membiayai kos rawatan hospital ahli keluarganya (Mohd Ali Rustam).
Sebelum ini laman web DAP melaporkan bahawa Lim telah pun menghantar surat bertarikh 20 Oktober 2005 kepada Ketua Menteri Melaka untuk meminta penjelasan berhubung tabung tersebut.
Kemudian pada 11 November 2005 beliau sekali lagi telah menghantar surat kepada Abdullah Ahmad Badawi agar perkara ini disiasat demi kepentingan rakyat.
Sebaliknya dalam lapuran akhbar berbahasa Cina bertarikh 30 Oktober 2005 Ketua Menteri membuat tuduhan bahawa maklumat ini dibocorkan kepada parti pembangkang dan dipercayai pemberi maklumat telah mendapat wang sogokan atau bayaran.
Berikutan itu Lim telah membuat laporan polis di atas kenyataan tersebut kerana memfitnah beliau memberi wang sogokan untuk mendapatkan maklumat pada 14 November 2005.
harakahdaily edit oleh tshirtprinter

0 Comments:

Post a Comment

<< Home