Scroll images by bigoo.ws

Friday, January 13, 2006

Fahaman kebangsaan, sekularisme sempit Umno rosakkan rakyat

Fahaman kebangsaan, sekularisme sempit Umno rosakkan rakyat Oleh HASHIM ABDULLAH
TEMERLOH, 13 Jan (Hrkh) - Fahaman kebangsaan Melayu dan sekularisme sempit yang menjadi anutan Umno menjadikan mereka bersikap hedonistik yang akhirnya merosakkan kehidupan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Haji Hassan Ali. Berucap pada program penerangan, anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh, di Kampung Mempatih dekat sini baru-baru ini, Hassan menjelaskan amalan hedonisme yang berasaskan hawa nafsu semata-mata membuatkan pemimpin Umno sanggup mengetepikan kepentingan orang Melayu.

“Umno mempunyai fahaman perjuangan yang sangat sempit. Dalam perlembagaan Umno yang ada fahaman kebangsaan Melayu. Dalam perlembagaan Umno yang ada fahaman sekularisme. Sebab itu kita tengok dalam Perhimpunan Agong Umno ialah Melayu, hidup Melayu. Tetapi sebenarnya merekalah yang mematikan Melayu.

“Yang mengambil kontrak Melayu ialah Umno, yang menjadikan orang Melayu tak ikut perintah Allah ialah Umno. Yang merosakkan akhlak anak-anak muda Melayu ialah Umno. Umno mempunyai fahaman yang sempit. Yang ada dalam Umno adalah fahaman hedonisme yang berasaskan hawa nafsu.

“Sebab itu bila bertemu dua orang Umno tak ada cerita lain melainkan projek. Mereka mengamalkan budaya sekularisme dalam Umno berasaskan hedonisme yang berasakan hawa nafsu,” katanya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home