Scroll images by bigoo.ws

Friday, January 13, 2006

7 peguam dilantik tolak petisyen Pas


KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) melantik tujuh peguam untuk mewakili parti itu dalam prosiding menolak petisyen yang dikemukakan Pas berhubung permohonan pengisytiharan membatalkan keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir pada 6 Disember lalu.

Permohonan pelantikan tujuh peguam itu diserahkan peguam, Norah Abu Bakar pada jam 2.50 petang semalam, di Mahkamah Tinggi di sini.Selain Norah, enam lagi peguam yang mewakili BN dalam prosiding itu ialah Tan Sri Zaki Tun Azmi, Datuk Ahmad Redza Abdullah, Mohd Hafarizam Harun, Khairulnadiah Hasni Yusoff, Azmi Abdullah dan Mohd Adhan Kechik.
Sementara itu, Mohd Adhan yang juga Penasihat Undang-Undang BN Kelantan berkata, pihaknya mempunyai alasan kukuh untuk menolak semua dakwaan dikemukakan Pas dalam petisyen itu.
"Kita mempunyai asas, bukti dan alasan kukuh untuk menolak semua dakwaan termasuk dakwaan salah guna kuasa, sogokan wang dan penyamaran yang didakwa parti lawan dalam pilihan raya itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.
Pada 4 Januari lalu, Pas memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini semalam, bagi mendapatkan perisytiharan membatalkan keputusan pilihan raya kecil berkenaan.Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Hanafi Mamat memenangi pilihan raya itu dengan mendapat 7,422 undi manakala calon Pas, Hanifa Ahmad mendapat 7,288 undi, dan calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali memperoleh 415 undi.
Mohd Ridza mendakwa, asas petisyen itu difailkan dengan alasan berlakunya perbuatan rasuah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 termasuk sogokan wang, jamuan dan penyamaran sebagai pengundi, termasuk menggunakan nama pengundi yang meninggal dunia.Adhan berkata, pihaknya masih menunggu tarikh bagi pendengaran petisyen yang dikemukakan Pas di mahkamah itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home