ECM Libra dan Avenue: Kerajaan benarkan menantu kuasai syarikat GLC negara
Pengumuman penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital pula datang 25 hari selepas Khairy sebagai menantu YAB Menteri Kewangan secara rasmi memiliki 3% sahan dalam ECM Libra.
Oleh HUSAM HJ MUSA
Oleh HUSAM HJ MUSA
LANGKAH kerajaan membenarkan penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital milik kerajaan dan membenarkan pemilik ECM Libra menguasai pentadbiran entiti baru dipertikai.
Intro
"I am passionate about politics. But I have also grown to love investment banking. The excitement and thrill of working on deals with my colleagues, trying to solve problems and last-minute hitches, which always occur, is something that cannot be substituted, as investment bankers will tell you."
"I am passionate about politics. But I have also grown to love investment banking. The excitement and thrill of working on deals with my colleagues, trying to solve problems and last-minute hitches, which always occur, is something that cannot be substituted, as investment bankers will tell you."
"I have decided to invest and work in a competitive industry where there are no free lunches, lopsided concessions or fat and juicy government contracts. How well we are rewarded depends on how hard we work and how much value we create for shareholders. I don't want to be a rent seeker but rather a value creator."
Khairy Jamaluddin - wawancara dengan akhbar The Edge, 16 Januari 2006.
Kenyataan Khairy di atas datang dua hari sebelum pengumuman usaha penggabungan Avenue Capital yang dimiliki oleh Kerajaan dengan syarikat di mana Khairy mempunyai kepentingan iaitu ECM Libra.
Pengumuman penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital pula datang 25 hari selepas Khairy sebagai menantu YAB Menteri Kewangan secara rasmi memiliki 3% sahan dalam ECM Libra.
Latarbelakang
Penggabungan antara Avenue Capital dan ECM Libra Avenue Capital sebelum penggabungan dimiliki oleh kerajaan melalui Menteri Kewangan diPerbadankan dengan pemilikan saham sebanyak 29.7%. Menteri Kewangan diPerbadankan dengan itu adalah pemegang saham terbesar. Seperti diketahui, Menteri Kewangan diPerbadankan adalah langsung di bawah bidang kuasa dan kawalan Menteri Kewangan, iaitu YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. ECM Libra pula antara lain dimiliki oleh menantu Menteri Kewangan sebanyak 3%, iaitu Encik Khairy Jamaluddin yang memperolehi sahamnya itu 25 hari sebelum penggabungan ini diumumkan. Selain itu, Khairy sudah mempunyai kepentingan di ECM Libra sejak pertengahan 2004 sebagai Excecutive Corporate Advisor dan seperti petikan wawancaranya di atas, adalah 'I don't want to be a rent seeker but rather a value creator.'
Sebelum percantuman berlaku;
Avenue menguruskan dana sebesar RM3 billion yang terdiri daripada dana-dana GLC termasuk TNB, Telekom, KWSP dan Felda. Avenue mengikut Timbalan Pengerusi Avenue Capital Gooi Hoe Soon yang dipetik sebagai berkata pada 21 Julai 2005 Avenue mempunyai 40 urusniaga dalam tangan yang terdiri dari merger dan acquistion, General Offer, Initial Public Offer dan penyenaraian.
Mengikut laporan kewangan sehingga Oktober 2004, jumlah tunai dimiliki Avenue ialah RM236.3 juta. Sementara aset dalam bentuk stock dalam unit trust yang boleh dicairkan pada bila-bila masa bernilai RM 54.6 juta. Jumlah keseluruhan tunai ialah RM290.9 juta ringgit. Avenue juga mengadakan perkongsian (tie-up) dengan Bank Muamalat untuk membolehkan Avenue menjadi syarikat pengurusan aset yang pertama berlandas syariah. Entiti baru ini mengambil nama Avenue Muamalat Islamic Investment. Ini dinyatakan oleh Mohamad Damshal Awang Damit, CEO Avenue Asset management Services Sdn Bhd. Avenue juga adalah pemegang saham 18% dalam Pos Malaysia yang dianggarkan bernilai RM600 juta. Teras perniagaan Avenue ialah Saham Amanah, Pengurusan Asset dan Sekuriti.
Penggabungan ini menghasilkan kedudukan seperti berikut:
1. Layak memiliki lesen Bank Pelaburan.
Penggabungan ini menjadikan entity baru memiliki RM 840 juta dana pemegang saham dan ini sudah melebihi jumlah yang disyaratkan oleh Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk layak memohon lesen sebagai Bank Pelaburan. Keistimewaan Bank Pelaburan ialah boleh menerima deposit dan mendapatkan dana yang lebih murah melalui pasaran kewangan. Buat masa ini, Persaingan adalah sengit bagi bank saudagar dan rumah diskaun untuk mendapatkan lesen bank pelaburan. Buat masa ini ada dua bank pelaburan yang dilesenkan. Sebelum penggabungan ini diumumkan, Avenue Capital sudah sememangnya layak mendapat lesen bank pelaburan dan mereka telah pun memohon lesen tersebut pada 4 Januari tahun ini. Penggabungan ini membolehkan ECM Libra menumpang tuah Avenue untuk mendapat jalan pintas turut memiliki lesen bank pelaburan. Khairy, melalui urusniaga ini, dengan sendirinya mempunyai bank pelaburan melalui pegangan sahamnya dalam ECM Libra.
2. Kepentingan Singapura terserlah
Syarikat Singapura, Parkway Holdings akan juga menjadi pemegang saham dalam Avenue yang baru Singapura baru-baru ini diberi kebenaran oleh Menteri Kewangan untuk membeli 31% saham operator hospital Pantai Holdings sekalipun bercanggah dengan beberapa klausa dalam garis panduan Penggabungan dan Pengambilan (merger and acquisition) yang dikeluarkan oleh kerajaan sendiri. Pantai memiliki 17% pegangan dalam Avenue. Ini bermakna Singapura kini mempunyai pegangan ke atas entity baru Avenue sebanyak 7.46%.
Kesan pegangan ini ialah:
i. Singapura buat pertama kali memiliki bank pelaburan di Malaysia. Selepas buat pertama kalinya Singapura memiliki bank di Malaysia menerusi pegangannya dalam Allied Bank hasil Menteri Kewangan telah meluluskan pembelian saham syarikat Malaysia MPlant sebanyak 15% oleh syarikat Singapura Termasuk Holdings Limited baru-baru ini, kini Singapura akan mempunyai pegangan pula dalam bank pelaburan di Negara ini. Ini juga adalah kes yang pertama.
ii. Singapura secara tidak langsung sekali lagi memiliki pegangan ke atas perkhidmatan kerajaan yang diswastakan. Kali ini, Singapura akan mempunyai kepentingan dalam POS MALAYSIA kerana Avenue adalah pemegang 18% saham POS. POS dianggarkan bernilai RM600 juta. Singapura buat pertama kali berjaya memiliki program penswastaan Negara kita melalui pemilikan Pantai ke atas Fomema dan Medivest. Mengikut perjanjian penswastaan, tidak ada pegangan dalam entity yang terlibat dengan program penswastaan kerajaan boleh dijual kepada asing tetapi Menteri Kewangan telah melupakan sekatan ini dengan meluluskan penjualan saham tersebut.
Allied Bank mempunyai aset bernilai RM 22 billion. Saya sebagai rakyat Malaysia, merakamkan rasa dukacita saya yang amat mendalam terhadap kehilangan aset dan kepentingan Negara kita dengan begitu mudah kepada pihak asing.
3. Siapa akan menguruskan entity baru selepas penggabungan?
Menteri Kewangan sekarang harus maklum dengan peraturan yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir dan Dato' Dr Jamaludin Jarjis iaitu pemegang saham tidak boleh terlibat di dalam pengurusan syarikat GLC's. Di dalam pengumuman percantuman Avenue-ECM disebut bahawa entiti baru ini akan diurus oleh eksekutif Evenue dan ECM. CEO ECM ialah Lim Kian Onn manakala COO ECM ialah David Chua. Apa alasan kerajaan untuk melepaskan aspek pengurusan ini padahal kepentingan kerajaan jauh lebih besar berbanding ECM. Mengapa ECM boleh mendapat pengecualian ini?
4. ECM Libra @ Khairy mendapat faedah berikut:
a. Memperolehi status bank pelaburan (seperti disebut oleh Khairy dalam petikan intro di awal tulisan ini dan Dato Kalimullah, salah seorang pemegang saham utama ECM Libra dalam wawancaranya pada 19 Januari seperti disiarkan oleh laman Bernama bahawa mereka sudah begitu lama mengimpikan status bank pelaburan dan status ini tidak akan diperolehi begitu cepat tanpa penggabungan seperti ini) Kedua-dua kenyataan dalam wawancara itu membuktikan mereka memperolehi begitu banyak faedah dari kebenaran Menteri Kewangan meluluskan penggabungan ini. Hubungan kepentingan Menteri Kewangan sebagai orang yang memberikan kelulusan dengan menantunya sebagai penerima kepentingan adalah begitu jelas dan terang.
b. Menguasai pengurusan di dalam entiti baru Evenue-ECM
c. Menguasai 40 urusniaga yang diuruskan oleh Avenue Capital sebelum percantuman yang bernilai hampir RM3 billion ringgit yang pelanggan utamanya GLC' seperti TNB, Telekom, EPF dan Felda.
d. Secara tidak langsung menguasai POS Malaysia. Untuk rekod, Kementerian Kewangan pernah menolak tawaran KUB Malaysia Berhad untuk menguasaii 32% saham MOF dalam Avenue. Difahamkan deal ini ditolak oleh Menteri Kewangan.
Kesimpulan
Tidak syak lagi, semua urusniaga ini hanya dapat mengambil tempatnya dengan pengetahuan dan kelulusan Menteri Kewangan Malaysia yang juga mertua kepada salah seorang yang menerima faedah dari urusniaga ini.
Adakah konflik kepentingan tidak diperhatikan?
Adakah ini sekali lagi pengulangan amalam kronisma yang menjadi trauma Negara kerana ia menjadi salah satu punca krisis kewangan di Negara ini tidak lama dahulu?
Adakah ini bukan contoh pengumpulan kekayaan oleh individu tertentu yang tidak mempedulikan kepentingan Negara secara keseluruhan?
Saya dengan ini menuntut:
1. Menteri Kewangan tidak meluluskan urusniaga ini selagi mana unsur konflik kepentingan antara Menteri Kewangan dan menantunya tidak diselesaikan terlebih dahulu. Langkah anak Tun Dr Mahathir melepaskan semua kepentingan perniagaannya pada satu masa dahulu harus dijadikan teladan.
2. Menteri Kewangan mesti menjelaskan kenapa kebelakangan ini ia meluluskan pemilikan oleh kepentingan asing walaupun sesetengahnya bercanggah dengan kepentingan Negara dan garis panduan sedia ada.
3. Mengapa Menteri Kewangan mengizinkan Avenue sebagai entity baru yang masih merupakan GLC kerana kerajaan menguasai 15.41% akan diurus oleh ECM Libra?
"Ia bermula dengan mu"
--------------------------
HUSAM HJ MUSA adalah NAIB PRESIDEN PAS
Surat ini juga disalin kepada:
YAB Perdana Menteri MalaysiaYAB
Timbalan Perdana Menteri MalaysiaYB
Ahli Parlimen.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home