Scroll images by bigoo.ws

Friday, January 20, 2006

Lima ujian umat Islam

NABI Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu." (Hadis riwayat al-Hakim)

Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat pada mulut.
Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa.
Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah al-Insyirah, ayat 6) Tanpa masalah atau ujian, tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home