Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, January 11, 2006

Mengapa memilih PAS bukan UMNO?

"Pas singkatan daripada Persatuan Islam SeTanah Melayu yang kemudiannya dipinda kepada Parti Islam SeMalaysia telah ditubuhkan oleh kumpulan ulama? di dalam UMNO ketika rakyat menuntut kemerdekaan Negara pada tahun 1951 bertujuan memandu rakyat ke arah penerimaan pemerintahan Islam di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Kewujudan PAS bukanlah semata-mata sebagai mengisi ruang politik atau demokrasi yang dibenarkan oleh undang-undang tetapi pemimpin-pemimpin awal jamaah Islam telah mengambil kira mengwujudkan Negara Islam adalah wajib. Walaupun pada tahun 1950-an telah wujud berbagai pertubuhan politik tetapi tiada satu pun yang meletak Islam sebagai dasar dan meletakkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai perlembagaan.
Walaupun UMNO telah wujud pada tahun 1946 tetapi ia hanyalah pertubuhan yang ahlinya orang-orang Islam tetapi dasarnya adalah sekular seperti memorandum yang dihantar kepada suruhanjaya Reid di para 169 yang dipersetujui oleh UMNO-MCA-MIC bagi menuntut kemerdekaan iaitu:
In the memorandum submitted by the Alliance, it was stated the religion of Malaya shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationalsprofessing and practising their own religions and shall not imply that state is not a secularstate...
UMNO hanya setuju menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam konteks Negara yang sekular. Ini menyebabkan ulama? di bawah payungnya keluar dan mereka menubuhkan PAS.
Sebenarnya PAS merupakan lanjutan dari perjuangan Islam yang diutarakan oleh Hizbul Muslimin dan Majlis Islam Tertinggi (MATA) yang di pimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Bakir yang telah diharamkan oleh Inggeris. Dua orang pengasas PAS yang meletakan dasar Islam di dalam PAS ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Zulkifli Mohammad iaitu :
1.Menjadikan Islam sebagai dasar dan teras perjuangan
2.Menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak ulama' dan Qias sebagai hukum tertinggi.
3.Mengwujudkan bentuk perjuangan yang luas dan tidak sempit dengan isu-isu perkauman.
4. Menjalankan dakwah agar Islam dapat diterima oleh umat Islam dan bukan Islam.
5.Mengwujudkan pemerintahan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.Pada tahun 1982, telah wujud usaha-usaha dikalangan pimpinan pelapis PAS untuk memantapkan lagi perjuangan Islam setelah sekian lama almarhum Dato' Asri Muda memimpin PAS dengan identiti kemelayuannya lebih tertonjol dari dasar Islam yang sepatutnya oleh ulama' yang megasaskan PAS.
Bermula dengan Muktamar 1983 sehingga 1985, pelaksanaan konsep-konsep dan slogan bersesuaian telah dipopularkan untuk menghapuskan identiti kebangsaan di dalam PAS dan mengembalikan identiti Islamnya seperti Menghapuskan Kefahaman Assabiyah dan Menentang Kezaliman. Di bawah era Kepimpinan Ulama yang telah dimulakan pada zaman pimpinan Ustaz Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor dan Sekarang Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang PAS mula berkembang dan menarik perhatian penduduk Malaysia sehingga keahliannya di anggarkan hampir mencecah setengah juta orang.
Perbezaan ketara di antara PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain di Malaysia termasuk UMNO iaitu wujudnya Majlis Syura Ulama' yang diluluskan penubuhannya pada tahun muktamar 1983. Dengan wujudnya Majlis Syura Ulama. organisasi PAS terbahagi kepada dua cabang yang penting, di mana ia saling sandar-menyandar. Majlis Syura Ulama. terpisah daripada struktur-struktur yang lain kerana ianya tegak bersendirian di peringkat tertinggi. Ianya tidak menguasai atau dikuasai oleh Jawatan Kuasa Agung PAS pusat. Tugasnya sebagai penasihat dan rujukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku di dalam masalah dasar parti. Majlis Syura Ulama hanya wujud diperingkat pusat sahaja. Dewan ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pula terlibat di dalam kegiatan dan perjalanan parti.
Penyertaan PAS di dalam Barisan Nasional setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pengalaman pahit yang tidak sama sekali akan diulangi oleh pimpinan PAS kini kerana PAS yang dikuasai oleh cara hidup UMNO dan sikap sekular, mereka telah menguasai sesetengah pimpinan PAS sehinggakan ketika itu cara hidup, pergaulan, pandangan,sikap terhadap Islam tidak mencerminkan mereka ini mewakili kumpulan Parti Islam.
Ahli-ahli PAS, pimpinan bawahan dan pelapis tidak senang melihat perkara ini. Mereka mendesak agar PAS keluar daripada BN dengan berjuang menegakkan Islam walaupun menempuh segala kepayahan dan rintangan. Akhirnya PAS terkeluar juga dari BN setelah dipecat bukan atas isu-isu Islam tetapi isu-isu perebutan kuasa. Pimpinan PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA juga bukan atas isu Islam tetapi berebutkan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Kemudiannya berpecah kagi dengan tertubuhnya HAMIM.
Sebelum kemalangan jalanraya di Kuantan, Allahyarham Prof Zulkifli Mohammad pernah berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS kelantan, melahirkan perasaan bimbangnya pimpinan PAS akan berebut-rebut kuasa. Kebimbangan ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah, penyakit yang menyentuh jiwa pimpinan PAS itu tidak menjangkiti jiwa pimpinan pelapis dan ahli-ahli yang bersetia dengan perjuangan Islam.Mereka menerima konsep Kepimpinan Ulama' yang bermaksud pergerakan ini sentiasa diletakkan di bawah naungan al-Quran untuk pengwujudan generasi al-Quran yang berkekalan. Mereka mengembalikan PAS ke landasan perjuangan asal di bawah bimbingan al-Quran dan as-Sunnah. Kepudaran PAS telah kembali menyinar dari parti berbentuk kenegerian (kelantan) ia telah menjadi sebuah parti berbentuk Nasional dan meluaskan pengaruhnya ke seluruh pelusok Negara dengan perkembangan yang hebat sehingga menguasai Kelantan dan Terengganu dan menambah kerusi di negeri-negeri lain. Satu pencapaian yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.
Berbeza dengan keahlian UMNO pada peringkat awal yang terdiri dari golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Barat dan sekular, PAS dianggotai oleh tok-tok guru, ulama’ pondok dan lebai kampung jika adapun golongan berpendidikan barat terlalu kecil bilangannya. Golongan lain yang menyertai PAS ketika itu kebanyakkannya orang-orang kampung yang miskin yang tidak terasa terhimpit oleh kemiskinan. PAS adalah parti yang mewakili kaum mustadhaafin ini.
Begitulah juga keahlian yang dibentuk di zaman Rasulullah s.a.w. sewaktu awalnya penyibaran Islam. Golongan mustadaaffin mempunyai keteguhan iman yang kuat dan keyakinan yang sukar diragukan kerana mereka tiada kepentingan material untuk dipertahankan atau disayangi melainkan pengabdian kepada Allah s.w.t. Mereka tidak bercita-cita mencari kekayaan diri, pangkat atau berebut-rebut jawatan. Mereka taat pada pimpinan Islam dan sanggup berkorban utuk Islam.Mereka tidak kedekut, tamak, mementingkan diri dan penghidupan mereka adalah ringkas. Mereka memberikan sumbangan walaupun sedikit tetapi ikhlas untuk Islam. Mereka tidak takut dengan kemiskinan dan tidak bertelagah atas isu yang remeh. Golongan mustadhaafin inilah yang membina PAS di atas asas agama yang kukuh. Golongan ini jugalah yang mengenepikan pimpinan yang tidak sanggup lagi menegakkan perjuangan yang asas atau menyeleweng.
Lahir daripada kalangan mustadhaaffin ini anak-anak yang cintakan Islam, mereka menempa sejarah dengan menuntu ilmu di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negeri, di negara-negara Kapitalis atau negara umat Islam. Anak-anal golongan mustadhaafin ini menjadi golongan baru dalam PAS sama ada berlatarbelakangkan pengajian agama atau tidak.
Mereka kembali kepada PAS dengan memnbinanya menjadi organisasi yang rapi dan tersusun sesuai dengan kemahiran yang mereka perolehi. Mereka cintakan ulama' dan menempatkan ulama' sebagai pimpinan parti dan menerima tunjuk ajar dan arahan terutama dalam masalah dasar dan hukum disamping kemahiran dan pengalaman untuk memantapkan parti. Sifat-sifat rendah diri, menghormati ketua dan yang tua berjuang di atas landasan kebenran Islam menggembeling tenaga muda dan cuba menguasai massa adalah pengorbanan yang tidak sedikit. Penyertaan mereka ke dalam PAS telah memberikan imej baru pada PAS dan keilmuan mereka telah memberikan keyakinan baru kepada masyarakat untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam.
Era baru bermula, PAS bukan sahaja mendapat dokongan dari kaum mustadhaafin sahaja. Golongan menengah dan atasan yang secara tradisinya menyokong UMNO mula beralih kepada PAS. Kehadiran golongan sekular yang insaf ke dalam PAS dengan tarbiyyah yang betul telah menempatkan PAS sebagai organisasi yang mempunyai berbagai-bagai kelebihan.
Kemunculan kumpulan-kumpulan yang mendapat tarbiyyah dan bersungguh-sungguh mendalami agama walaupun mendapat didikan sekular yang terdiri dari graduan-graduan universiti ternama di Australia, Amerika, New Zealand, Britainn dan kanada. Selain itu daripada UiTM, UKM, UTM, UUM, UIAM, USM, UM dan sebagainya serta maktab-maktab perguruan menyemarakkan lagi perjuangan Islam di dalam PAS. Mereka berketayap atau berserban dan berganding bahu dengan rakan-rakan mereka di dalam PAS.
Mereka digelar ustaz dengan penuh cemuhan oleh golongan nasionalis, semoga cemuhan itu menjadi kenyataan yang benar. Kebenaran ini terbukti dengan lahirnya pimpinan PAS berlatarbelakangkan pendidikan sekular tetapi mempunyai ilmu-ilmu Islam yang mengkagumkan.Golongan Mustadhaafin telah terbukti mencipta sejarah dan mereka akan membuktikan keupayaan di masa-masa akan datang bagi memenangkan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home