Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 09, 2006

Ariel Sharon Berjasa pada Palestin; Astora Jabat Gila?

Astora Jabat sekali lagi menggemparkan rakyat Malaysia dengan penulisannya yang dibayangi kejahilan, kefasikan dan kesesatan. Astora Jabat (laknatullah) merupakan penulis tetap dalam ruangan Bicara Ahad (dahulunya Bicara Agama) untuk akhbar Mingguan Malaysia. Astora selalu mengulas isu-isu sensitif melibatkan agama dengan akalnya yang singkat lagi jahil.Kali ini, Astora mengulas tentang Ariel Sharon laknatullah dengan mengatakan si penjenayah perang yang sedang nazak itu telah berjasa buat negara Palestin. Sharon yang terkenal dengan keganasannya terhadap umat ISLAM terutama di Palestin boleh dikatakan berjasa oleh si keparat Astora.

Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel yang paling jahat berbanding mana-mana perdana menteri Israel yang lain kerana dia adalah penjenayah perang dan pengganas, tetapi pada waktu yang sama dia juga merupakan pemimpin negara yang paling berjasa kepada bangsa Palestin, umat Muslim dan umat manusia di seluruh dunia.

Ini disebabkan penglibatan Sharon dalam usaha mengurangkan ketegangan berpanjangan di rantau Asia Barat yang menyebabkan meletuskan beberapa perang menggemparkan seluruh dunia itu melalui tindakan berani berundur dari Gaza dan merancang akan mengundurkan diri dari Tebing Barat pada masa akan datang. Usaha Sharon berhasil, manakala usaha pemimpin-pemimpin Yahudi hanya setakat rancangan di atas kertas sahaja.

Mereka sama sekali tidak akan melihat apa jua perbuatan baik Sharon kecuali dari sudut negatif belaka walaupun perbuatannya itu menguntungkan mereka dan bangsa Palestin. Ini kerana terdapat fahaman stereotaip telah membudaya dan tertanam dalam pemikiran masyarakat Arab bahawa orang Yahudi mesti jahat dan mereka tidak mungkin menjadi orang baik.

Padahal orang Yahudi sama seperti semua bangsa dan penganut agama lain di mana ada yang baik dan ada yang jahat. Dalam al-Quran sendiri ada menyebut tentang orang Yahudi yang jahat dan pada waktu yang sama wahyu Allah itu juga ada menyebut tentang orang Yahudi yang baik. Begitu juga al-Quran menyebut tentang orang Arab, yang ada baik dan ada yang tidak baik.
Secara umumnya di negara-negara Arab berlaku keadaan perasaan menguasai akal dengan ketara. Lalu purata penduduknya menyambut masalah kesihatan yang dihadapi Sharon itu dengan sorak-sorai kerana gembira. Padahal pemimpin Yahudi yang merupakan pengganas yang paling jahat itulah satu-satu pemimpin Yahudi yang berani mengambil keputusan berundur dari Gaza dan merancang akan berundur dari Tebing Barat secara berperingkat dengan meninggalkan Baitulmaqdis dan blok-blok penempatan Yahudi tertentu di wilayah itu di tangan Israel.

Mereka menggelarkan Sharon sebagai drakula, Hitler Yahudi, penyembelih, bulldozer dan macam-macam. Penulis tidak menganggap keterlaluan menggelarkan Sharon begitu kerana betul pun dia kuat membunuh orang Palestin, tetapi tindakannya berhubung perdamaian boleh dinilai.

Di antara perkara yang menjadi hambatan dan halangan orang Arab tidak dapat menilai Sharon selain banyak jenayah yang dilakukan ke atas bangsa Palestin dan bangsa-bangsa Arab lain termasuk penyembelihan di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 ialah penyerahan kuasa pentadbiran wilayah kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara terbatas, Baitulmaqdis dikekal di bawah Israel. (Artikel penuh - Sharon pengganas yang berjasa kepada Palestin)

Sepintas membaca tulisan Astora, terasa ada benarnya. Tapi sanggupkah kita untuk mengatakan Sharon BERJASA? Adakah dengan beberapa langkah pengunduran (yang sekadar lakonan itu), dunia sudah mampu memaafkan Sharon?

Apa pun Sharon akan `dikenang' sebagai orang yang mempunyai `jasa baik dan buruk' kepada Israel dan Palestin.

Pada masa yang sama banyak `dosa' yang akan diingati oleh masyarakat dunia khususnya di kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi dalam peristiwa Sabra dan Shatila.
Sharon muncul sebagai `orang lama' yang mempunyai banyak peranan dalam kerajaan regim zionis itu.

Beliau memulakan kariernya dalam tentera pada usia muda apabila menyertai unit komando utama Israel - Haganah. Unit ini bertanggungjawab melakukan keganasan dan serangan sehingga memaksa penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka.

Pada tahun 1953, beliau mengasaskan Unit 101, sebuah unit tentera berasaingan yang melancarkan beberapa serangan merentasi sempadan Israel terhadap pelarian dan perkampungan Palestin.

Beliau mengetuai unitnya itu untuk melancarkan serangan terhadap penempatan Badwi di Al Auija, yang membunuh berpuluh-puluh penduduk.

Pada tahun yang sama beliau menyerang Kampung Qibya di Jordan. Dalam serangan itu, Sharon yang mula dikenali dengan kekejamannya telah mengarahkan anggota bawahannya supaya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap rumah penduduk sebelum melontarkan bom tangan. Akhirnya serangan itu mengorbankan 69 orang awam, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak.

Siasatan yang dijalankan menunjukkan rumah yang dikatakan tidak berpenghuni itu ditembak berulang kali. Mayat bergelimpangan dan ini menyebabkan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bansga Bersatu (PBB) menyatakan mustahil Sharon tidak tahu rumah berkenaan didiami.
Sharon meneruskan dasar tidak berperikemanusiaannya pada 1971 melalui program `penawanan Gaza'. Beliau mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, menyeksa dan memenjarakan beratus-ratus penduduk Palestin.

Pada 1977, beliau diberi tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian setelah menyertai parti Likud pimpinan Menahem Begin yang memenangi pilihan raya umum Israel. Antara tugasnya ialah beliau bertanggungjawab terhadap penempatan haram Yahudi di Palestin.

Pada masa yang sama beliau juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan agama Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram.

Sikap kejamnya lebih terserlah apabila dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Pada awal 1982, beliau merancang melakukan pencerobohan terhadap Lebanon menerusi dasar `Keamanan untuk Galilee'. Beribu-ribu tentera ditempatkan di sempadan supaya menceroboh negara jiran itu.
Dalam serangan itu, tentera Israel melalui udara dan darat memusnahkan sebahagian Lebanon dan membunuh 14,000 orang awam.

Pada 12 Ogos tahun yang sama, tentera Yahudi itu sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lebanon yang mengorbankan kira-kira 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin. Kejadian ini dikenali sebagai `Khamis Hitam'.
Sharon tidak puas dengan tindakan itu apabila sebulan kemudian mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan kononnya mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin di bandar raya itu.

Beliau juga mengarahkan serangan terhadap kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila pada 16 September. Serangan bermula pukul 6 petang itu berakhir pada 8 malam 18 September 1982. Kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman itu. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh. Inilah kekejaman yang dianggap paling dahsyat dilakukan oleh Sharon. Dan dunia tidak akan melupakan `dosa' besar ini sama ada semasa Sharon masih hidup atau sebaliknya. (Artikel penuh - Damai Palestin - Israel tidak menentu)

Nah! Sebagai seorang ISLAM, saya tidak sekali-kali akan mengatakan Sharon BERJASA kepada Palestin. Selagi tanah Palestin belum kembali menjadi milik ISLAM, selagi Baitulmaqdis tidak dipulangkan kepada yang HAQ, selagi penindasan tidak dihentikan, selagi Sharon tidak dihukum, selagi itulah Sharon tetap seorang pengganas.
Sharon menyebabkan beribu-ribu orang terbunuh, kehilangan maruah, tempat tinggal, terseksa dan sebagainya. Bagaimana anda sebagai seorang ISLAM mampu untuk mengatakan orang yang telah menyeksa SAUDARA SEISLAM kita di Palestin sebagai BERJASA? Sharon manusia laknatullah yang tidak layak digelar manusia, apatah lagi berjasa.
Cuba anda hayati penyeksaan yang dilakukan ke atas seorang MUSLIMAH dengan membaca Surat Fatimah... ini. Jika anda sanggup mengatakan Ariel Sharon BERJASA... Saya pasti, ada sesuatu yang tidak kena dengan HATI anda... Wallahualam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home