Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 09, 2006

PAS Jasin anjur majlis korban

Oleh OMAR SAIDI
JASIN, 5 Jan (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Melaka Ustaz Zulkifli Ismail dijangka akan mengimamkan solat Sunat Aidiladha di Dataran Hamas Jasin, kata Naib Yang DiPertua PAS Jasin Yuhaizad Abdullah.Selepas Solat Sunat Aidiladha, tujuh ekor lembu dan seekor kambing akan dikorbankan pada hari tersebut, kata Yuhaizad.

Beliau yang juga Pengarah Program tersebut berkata demikian ketika menghubungi wakil Harakahdaily baru-baru ini.

Beliau menyeru kepada penduduk di sekitar Pekan Jasin supaya dapat hadir bersama-sama di Dataran Hammas untuk menunaikan Solat Sunat Aidiladha.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Jasin, Abd Karim Kasim berkata, Majlis Tindakan Dun (MTD) Sungai Rambai akan mengadakan Ibadah Korban pada hari Raya kedua.

Beliau berkata sembilan ekor lembu dan seekor kambing akan dikorbankan pada hari tersebut bertempat di UPU Sebatu dan UPU Parit putat dalam kawasan MTD Sungai Rambai.

Menurut Abd Karim lagi, MTD Sungai Rambai juga akan menghantar 30 keping Kad Ucapan Aidiladha kepada 30 orang ketua-ketua masyarakat seperti Tmbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka , Dato Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB) yang kebetulan berasal dari Sungai Rambai serta Ketua Pondok Polis Sungai Rambai.

"Sebanyak 100 kad ucapan juga akan dihantar kepada pengundi di kawasan tersebut," kata Abd Karim. - mns

0 Comments:

Post a Comment

<< Home