Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 05, 2006

Seronoknya Rasa Diperbodohkan, Anda..??????

Setiap hari, kita selalu disajikan dengan teka-teki yang ada didepan kita. Sebagai contoh, siapa sebenarnya yang diketuk-ketampi? Kaum melayu ataupun cina.Sekarang ini kita pula tertanya-tanya siapakah ahli politik yang bergelar Dato' yang dijumpai di pusat hiburan yang diserbu pada hari yang lepas?

Adakah anda percaya dengan kenyataan polis semalam di Buletin Utama TV3, yang mana menafikan penglibatan Dato' di pusat hiburan tersebut?Sungguh banyak teka-teki yang mencabar sensetiviti rakyat Malaysia, apakah ini dikira untuk memperbodohkan rakyat untuk menutupi kes-kes yang mencabar pihak pemerintah?
Anda sendiri ada jawapannya.Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Nasir Jani apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Keadilan.
Wartawan
Saudara orang melayu yang pertama maki kerajaan waktu itu secara 'live' di TV3 dalam rancangan Teleskop yang ditamatkan tidak lama selepas itu. Saudara juga pakai baju F**k Mahathir di mahkamah awal tahun 1994. Kenapa saudara begitu marah pada Mahathir?

Nasir Jani
Saya marah Mahathir sejak 1975, masa saya masih belajar lagi. Dia jadi Menteri Pelajaran, dia buat AUKU. Dia memperbodohkan rakyat. Melayu hilang hala tuju kerana dia. Selama 22 tahun dia perintah negara dengan menanamkan faham kebendaan. Dia membiakkan rasuah, penyalahgunaan dana kerajaan dan penyalahgunaan kuasa. Dia rosakkan bangsa saya.

Apakah anda tidak marah bila diperbodohkan????

0 Comments:

Post a Comment

<< Home