Isu Mawi dan PAS: Kecelaruan dari sistem (FIKIR-FIKIRKAN)
Oleh Jamzuri
Masalahnya bukan Mawi. PAS juga bukan masalahnya. Masalahnya ialah sikap. Masalahnya ialah kejahilan. Masalahnya ialah kecelaruan. Puncanya ialah apabila kita membiarkan kefasadan berleluasa begitu lama. Ibarat seperti orang yang sudah terlalu tenat. Nak diubat susah, nak ditamatkan riwayatnya pun tak boleh, nak dibiarkan saja tak sampai hati. Begitulah suasana umat Islam hari ini. Pendekatan yang munasabah ialah melakukan apa saja yang terdaya untuk mengurangkan penderitaan yang dirasai.
Mawi adalah produk kepada suasana ini. PAS juga wajib beroperasi di dalam realiti dan suasana ini.
Persepsi melahirkan kuasa. Kuasa pula menguasai persepsi. Kitaran ini cukup perkasa dan amat sukar dirungkai. Kebenaran akan terserlah apabila persepsi salah yang menyerubunginya dapat dirungkai. Durian akan hanya dikenali sebagai buah berduri selagi kulitnya tidak dirungkai. Keenakan isinya tidak lahir dari persepsi buah yang berduri tadi. Apabila keenakkan isinya telah dinikmati, durinya langsung tidak jadi isu lagi. Ianya hanya satu teori, tapi teori ini tidak pernah dibuktikan salah. Maka tentulah munasabah dan tidak salah untuk sesiapapun mencuba teori ini.
PAS pastinya terus berusaha keras merungkaikan beberapa persepsi yang selama ini menyukarkannya untuk beroperasi secara lebih berkesan dan meletakkan dirinya di dalam arus perdana. PAS merasa cukup berdosa sekiranya hanya berpuas hati dengan suasana Islam berada di arus pinggiran. Sesuatu perlu dilakukan dan ia perlu dilakukan segera. Perubahan persepsi umum terhadap PAS perlu kepada pengurusan yang lebih strategik. Inilah kesimpulan yang dilakarkan.
Mawi adalah icon remaja. Buktinya, beliau mendapat undian sms melebihi 5 juta undi. PAS sendiri tidak pernah mendapat jumlah keseluruhan undi melebihi 5 juta dalam mana-mana pilihanraya yang disertainya. Bukan PAS yang menjadikan Mawi sebagai icon remaja. Kalaupun PAS tidak ambil peduli pada Mawi, Mawi tetap mempunyai tempat tersendiri di hati masyarakat. Mawi adalah produk kepada suasana, dan suasanalah yang menjadikan Mawi sebagai icon remaja. Dan PAS, wajib beroperasi di dalam realiti dan suasana ini.
PAS memang dikenali sebagai pengkritik paling lantang terhadap dasar industri hiburan negara. Di mana ada konsert besar, di situ ada PAS… sebagai kelompok pembantah melakukan demonstrasi. Berpuluh tahun PAS berdemonstrasi membantah konsert, tapi konsert terus bertambah. Tentu sahaja PAS boleh memilih untuk terus dengan pendekatan yang sama. Tetapi, realiti dan suasana yang ada membuatkan PAS merasa berdosa untuk tidak mencuba pendekatan baru, yang mungkin lebih berhasil.
Terlalu naif rasanya untuk kita mempercayai ada pimpinan PAS yang mahu menjadikan Mawi sebagai icon masyarakat. Pastinya tidak begitu dan tiada ragu langsung. Tetapi, rupanya ada juga di kalangan pimpinan PAS yang melihat ada sesuatu di dalam diri Mawi yang boleh dimanfaatkan. Tetapi ramai juga yang bimbang dengan risiko yang bakal dihadapi. Semua orang perlu berhadapan dan membuat keputusan terhadap prospek “peluang dan risiko” dalam kehidupan mereka. PAS tidak boleh mengecualikan diri. Tok Guru memilih untuk mengambil peluang. Maka, pimpinan lainnya perlu juga berfikir bagaimana untuk mengurus risiko yang bakal dihadapi.
Pokoknya, kalau ini melibatkan soal dasar hukum Islam, pastinya Dewan Ulamak dan Majlis Syura akan bersuara. Jika mereka diam, ini bermakna keputusan ini masih berada dalam kerangka pendekatan dakwah. Kalau betul ada untungnya. Kalau salah adakah berdosa?

Sumber : Harakahdaily
0 Comments:
Post a Comment
<< Home