Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, December 27, 2005

Ikhtibar Dari Kehancuran : Batalkan Sambutan Menjelang Tahun Baru 2006 !!!

Detik 26 Disember 2004 telah setahun meninggalkan kita. Dentuman ombak laut Tsunami yang menggegarkan pantai sudah cukup membuatkan seluruh dunia terpukau dengan musibah Illahi itu. Trauma yang melanda sebahagian besar penduduk Banda Acheh di Sumatera, Indonesia turut dirasai oleh sebahagian besar penduduk yang mendiami pinggiran pantai di Sri Lanka, India, Thailand dan tidak terkecuali negara kita Malaysia. Biarpun angka korban yang melanda negara kita tidak sehebat negara jiran kita Indonesia. Namun ikhtibar yang perlu diambil jelas menunjukkan kemurkaan Allah akan terjadi di mana-mana tatkala umat manusia leka dan alpa dengan segala nikmat yang telah dikurniakanNya.

Kini, setelah setahun berlalu bahang Tsunami masih lagi terasa. Kebanyakkan mereka yang menjadi mangsa masih lagi hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan menagih ekhsan pihak berkuasa.

Kita masih ingat lagi, disaat Tsunami melanda dulu kerajaan dengan penuh rasa keinsafan telah membatalkan segala program yang bercorak hiburan di seluruh negara. Alasan yang diberikan jelas sekali sebagai tanda penghormatan kepada semua keluarga mangsa yang terpalit oleh tragedi itu. Maka dengan rasmi semua program terutamanya yang melibatkan perayaan menyambut tahun 2005 telah dibatalkan.

Bagi mereka yang memahami serta megambil ikhtibar akan kejadian ini, pembatalan itu sememangnya amat dinantikan. Namun, bagi mereka yang dibutakan hati dan naluri mereka mengganggap pembatalan tersebut adalah tidak adil tambahan pula perancangan untuk menyambut ambang tahun baru telah dirancang sejak sekian lama serta menelan kos yang besar.
Apapun tahniah kita ucapkan atas keperihatinan kerajaan kerna memahami isi hati keluarga mangsa Tsunami lantaran itu tetap membatalkan semua program hiburan yang telah dirancang.
Setahun berlalu, apakah perayaan menyambut tahun baru 2006 akan kembali ? Kabarnya kemungkinan besar sambutan akan diadakan , tambahan pula penaja yang sama pada tahun lalu iaitu AmBank sekali lagi telah bertindak untuk menaja program malam perayaan menyambut tahun baru ( Di Ambang 2006 ). Persidangan media juga telah diadakan, serta berbagai program kembali diatur untuk mengiasai acara tersebut. Kemeriahan pasti akan terasa di sana-sini. Kesedihan dan keperitan mangsa Tsunami mungkin akan lenyap buat seketika.

Persoalannya disini, apakah wajar kerajaan mengadakan semula perayaan menyambut tahun baru ini ?. Sebenarnya amaran awal telah pun tiba baru-baru ini apabila sebahagian besar negeri Kedah dan Perlis telah ditenggelami air akibat banjir besar yang melanda. Kejadian yang berlaku selang 30 tahun itu telah mengorbankan banyak harta benda serta melumpuhkan sama sekali bandar-bandar besar terutamanya di negeri Perlis Indera Kanyangan.

Daripada kejadian ini, tidakkah kerajaan terutamanya mengambil ikhtibar akan perkara ini. Biarpun Tsunami tidak melanda , namun musibah yang berlaku adalah amaran awal dari Allah akan kemurkaanNya. Maka kerajaan Islam Hadhari sepatutnya lebih peka akan perkara ini. Perasaan mangsa yang ditimba musibah harus diambil kira. Biarpun banjir yang berlaku itu bukan Tsunami. Namun harus diingat, amaran akan berlakunya Tsunami yang lebih dasyat telah dikeluarkan oleh seorang pakar gempa di Thailand. Orang yang sama meramalkan Tsunami 2004 lalu. Pusat gempa kini telah berada begitu hampir dengan perairan Thailand termasuk utara semenanjung. Kabaranya andai Tsunami berlaku, sebahagia besar kawasan pantai semenanjung akan menerima akibatnya serta bakal menenggelamkan keseluruhan pulau Singapura.

Maka itu, sepatutnya kerajaan mengambil kira amaran Allah ini dalam melaksanakan setiap program terutamanya yang bercorak hiburan melampau tatkala menjelang tahun baru. Andai kemurkaan Allah datang lagi, siapakah yang harus dipersalahkan ? Mereka yang bakal menjadi mangsa bukanlah penyokong pembangkang, malahan juga penyokong kerajaan sendiri. Kembali ke jalan yang benar, jalan yang lurus ..jalan-jalan orang yang telah mendapat kenikmatan dariNya.
Salam Perjuangan,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home