Scroll images by bigoo.ws

Monday, December 26, 2005

Mengapa Batu Nesan Dicabut & dihalakan ke kiblat?

Assalamualaikum w.b.t
Macam-macam cerita yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Dari cerita "Bigfoot" yang dikatakan berkeliaran di Taman Negara Johor sehinggalah kepada cerita batu nesan yang dicabut di Kampung Meta, Melaka.Apa yang menarik untuk saya bincangkan disini adalah mengenai pencerobohan kubur di Kampung Meta semalam (24 Disember 2005). Apa yang dilaporkan oleh bilik berita Tv3, 200 batu nesan di 3 tanah perkuburan dicabut.Yang memusykilkan kita sekarang ini adalah perletakan batu nesan yang dicabut itu ke arah kiblat! Malah diletakkan pula kertas yang bertulis ayat jawi. Apakah motif utama seseorang itu berbuat begitu?Adakah ini merupakan suatu lagi aktiviti khurafat seperti "mencari nombor ekor" ataupun aktiviti "menurun ibu duit"?
"Sama-sama kita renung-renungkan, fikir-fikirkan"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home