700 berkumpul bantah pindaan perkara 121 (1A)
Friday, January 20 @ 17:17:00 MYT
PAS melahirkan rasa kesal dan bimbang di atas cubaan pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB


pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).
"Ini hak umat Islam. 121 (1A) telah dipersetujui.Ia diwujudkan pada tahun 1988 bagi menjaga hak umat Islam, jadi bukan Islam tidak perlu mempertikaikannya. "Jika mereka mahu menegakkan hak mereka, mereka boleh cadangkan satu akta baru bagi melindungi hak agama mereka," katanya.
Sementara itu di pihak Suhakam, Professor Dato' Hamdan Adnan pula berkata, pihaknya menerima memorandum yang dikemuka PAS itu.


Beliau juga berjanji akan membawanya dalam satu mesyuarat khas Pesuruhjaya Suhakam Isnin ini. Terdahulu sebelum itu pada jam 11.00 pagi, kira-kira 150 mahasiswa Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Syariah sambil melaungkan bantahan ke atas pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan Persekutuan.
Bantahan itu dibuat atas nama Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang mana tiga pertubuhan utama mahasiswa Islam terlibat iaitu, Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Karisma. (Laporan khas isu bantahan pindaan 121 (1A) akan disiarkan dalam Harakah cetak 26 Januari ini)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home