Scroll images by bigoo.ws

Saturday, January 07, 2006

Betapa teruknya pemerintahan Derih Jusoh hinggakan ditegur Bank Negara

Oleh : Lan Kubang Jela, Manir

Penulis terbeliak biji mata apabila menatap akhbar Utusan Meloya (Utusan Melayu) yang bertarikh 27 Dis 2005. Sungguh tak disangka, bagaikan sukar dipercayai dengan berita yang dibaca oleh penulis ketika itu. Di suatu halaman di dalam akhbar tersebut telah terselit berita yang bertajuk: Idris disaran rombak barisan Exco. Seandainya berita seperti ini disiarkan dalam akhbar Harakah atau menerusi laman web Bukitbesi.net mahupun Tranungkite.net, penulis tidak merasa hairan tetapi apabila akhbar yang menyiarkan berita ini adalah akhbar yang bersahabat baik dengan UMNO maka penulis menjadi terkejut.

Apa tidaknya? Sangka penulis, kerajaan Derih Jusoh adalah kerajaan negeri yang terbaik di negara ini mengalahkan kerajaan negeri Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Penulis masih ingat Derih Jusoh bercakap di televisyen (TV3 suku) menerusi saluran berita dimana Derih mengatakan bahawa sejak beliau menjadi Menteri Besar, Terengganu mencatatkan penurunan pengganguran yang amat luar biasa. Berdebah punya Menteri Besar, nak menipu macam menipu tahap budak-budak sekolah tadika.

Derih Jusoh juga pernah berkata di dalam saluran berita TV1 bahawa sejak beliau menerajui Terengganu, berduyung-duyung pelancong datang ke Terengganu. Kerana itu penulis menyangka kerajaan Derih Jusoh adalah kerajaan negeri terbaik di Malaysia ketika ini berdasarkan ucapan-ucapan yang diucapkan oleh Derih menerusi media.

Namun di pagi selasa 27 Dis 2005, penulis amat terkejut apabila membelek akhbar sahabat baik UMNO ini mengkritik kerajaan Derih Jusoh di tahap yang amat tinggi. Hinggakan disarakan agar Derih Jusoh menukar barisan Exconya ketika ini.

Bahkan orang yang mencadangkan Derih Jusoh menukar 'kabinet' negerinya itu merupakan seorang yang amat berpengaruh di Bank Negara iaitu Timbalan Pengarah Unit Risikan Kewangan Bank Negara, Yusof Sulong.

Penulis tertarik dengan petikan ucapan beliau yang berbunyi: “Jika kita mahu melihat agenda penjenamaan semula Terengganu berjaya, satu langkah berani mesti diambil iaitu kerajaan negeri mesti membuat rombakan barisan Exconya dan ini adalah pandangan ikhlas saya”.

Penulis boleh membayangkan jika yang membuat cadangan ini datangnya dari Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Hj Mustafa Ali atau dari Naib Presiden Pas, Hj Muhammad Sabu, maka pihak UMNO akan mengatakan bahawa ianya pandangan berniat jahat dari pihak Pas.

Bahkan rakyat biasa 'atas pagar' juga sukar untuk mempercayainya kerana dikatakan ianya strategi politik pihak pembangkang untuk meraih sokongan. Tidak mustahil juga jika penulis mengatakan bahawa penyokong lemah Pas yang mudah termakan dengan siaran berita TV dan program-program seperti Bersamamu TV3 juga tidak akan mempercayainya jika yang mencadangkan rombakan Exco ini adalah individu seperti Datuk Hj Mustafa Ali atau Hj Muhammad Sabu.

Tetapi kini sudah terang lagi bersuluh. Orang kerajaan sendiri iaitu seorang yang berjawatan Timbalan Pengarah Unit Risikan Kewangan Bank Negara yang mencadangkan rombakan Exco negeri Terengganu, maka adakah masih ada orang yang tidak mahu mempercayainya?
Nasihat penulis kepada orang-orang UMNO, orang-orang atas agar dan penyokong lemah Pas, jangan makan kepala ikan terlalu banyak.

Utusan Maloya 27 Dis 2005

Idris disaran rombak barisan Exco

Kuala Terengganu 26 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh disaran merombak barisan Exconya bagi mewujudkan barisan lebih mantap ke arah mencapai matlamat penjenamaan semula Terengganu seperti yang digariskan dalam objektif Bajet Negeri 2006.

Gesaan itu disuarakan oleh Timbalan Pengarah Unit Risikan Kewangan Bank Negara, Yusof Sulong demi kebaikan negeri ini.

“Jika kita mahu melihat agenda penjenamaan semula Terengganu berjaya, satu langkah berani mesti diambil iaitu kerajaan negeri mesti membuat rombakan barisan Exconya dan ini adalah pandangan ikhlas saya”.

“Inilah masa paling sesuai untuk MB (Idris) membuat rombakan,” katanya pada Majlis Penerangan dan Diskusi Bajet 2006 di Wisma Darul Iman, semalam.
p/s: hah..la ni apa cerita si deris jusoh nak reka lak....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home