Scroll images by bigoo.ws

Saturday, January 07, 2006

Mid Man Kata Kelantan Tak Layak Isytihar Bandaraya Islam

Dalam akhbar Berita harian bertarikh 1 oktober 2005, Penasihat Agama PM, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman berkata Kelantan tidak layak diisytihar sebagai Bandaraya Islam.
Ini kerana katanya, jika pengurusan bandaraya Islam itu tidak elok, maka Agama Islam akan terjejas. Tambahnya lagi, Islam tidak mementingkan nama kerana itu boleh mengelirukan orang awam.Dan katanya juga, Alor Star lebih baik dari Kota Bharu tetapi tidak bercadang untuk diisytihar sebagai Bandaraya Islam..

Berdasarkan ungkapan yang disebut oleh beliau itu, alangkah pelupanya beliau bahawa Malaysia adalah negara Islam yang diisytihar oleh ex-PM Dr Mahathir. Kalau nak diikutkan, lagilah tak layak Malaysia diisytihar Negara Islam. Pusat Judi Terbesar di asia ada di Malaysia.
Kilang arak juga di bina. Perkara itu bukanlah masalah yang kecil tetapi ia melibatkan kekeliruan kepada orang awam.Orang awam menganggap, Kilang arak dan pusat judi serta pusat-pusat maksiat yang ada melata itu tak salah...kerana 'Pemerintah Negara Islam' tak larang dan cegah benda-benda itu.Inilah fitnah kepada ajaran Islam sendiri. Fitnah yang ditimbulkan oleh UMNO sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home