Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 16, 2006

Astora Jabat: Penulis Sesat atau Jahat?


Assalamu’alaikum wm.wrt,
Saya sudah lama mengikuti tulisan Astora Jabat di dalam akhbar Utusan Malaysia dan juga dalam Mingguan Malaysia sebagai pengelola ruangan agama. Adalah sukar bagi saya untuk menerima tulisan-tulisan beliau kerana asas tulisan itu 'lebih Umno dari Umno' disebabkan di tangan Astora mempunyai dua pancing [joran]. Ada matlamat dan tujuannya tersendiri.
Pancing pertama, tentulah Astora berkehendakkan ikan untuk menjadi lauk harian anak isterinya dan pancing kedua adalah untuk mendapat ikan tambahan untuk dihadiahkan kepada orang yang membenarkannya memancing di tasik itu kerana tasik lain sukar baginya mendapat ikan. Kerana kalaulah beliau berbuat begitu maka akan selamatlah beliau dapat memancing di tasik idamannya. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa Astora adalah ‘pendatang’ berasal dari Petani, Selatan Thailand yang masih memegang kad pemastautin tetap dan beliau masih menunggu kerajaan UMNO memberi beliau taraf kerakyatan mengikut undang-undang Negara.
Semenjak dari dulu lagi kebanyakan tulisan-tulisannya seperti orang sedang menghadapi penyakit 'gila dan geram' dengan menghentam terus menerus terhadap PAS dan pemimpinnya. Astora juga terus menerus 'membabi buta' membela Umno untuk membuktikan keUMNOannya yang telus dan maha betul dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama khususnya untuk menegakkan dasar Islam Hadhari ciptaan Abdullah Ahmad Badawi.
Astora tidak memainkan perananannya sebagai penulis sejati, penulisannya balik-balik menghentam PAS dan para pemimpinnya, seolah-olah pemimpin-pemimpin sangat kotor peranan mereka dalam agama. Tetapi Astora tidak pula pernah menyerang pemikiran untuk membetulkan kesilapan para pemimpin UMNO yang terang-terang melakukan rasuah, menyalahgunaan kuasa, pecah amanah, pembohong, penipu dan rakus dengan kuasa dan kekayaan.
Jadi peranan Astora sangatlah jelas bahawa beliau dibangkitkan semata-mata dengan satu missi “jadi alat Umno hentam PAS walau dengan apa cara sekalipun”. Cari salah, hentam. Yang betul pun mesti kata salah, hentam. Jangan bimbang, tasik disediakan. Pancing pun diberi. Kehidupan Astora Jabat adalah semata-mata kerana Umno.
Pemikirannya songsang dari norma-norma pemikiran orang biasa. Terbaru dalam Mingguan Malaysia [15.1.2006], beliau menulis lagi berkaitan dengan tragedy di Mina [link...]. Pada minggu lepas dalam Mingguan Malaysia [6.1.2006] beliau memuji-muji dan menyanjung kepimpinan Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel yang paling berjasa kepada bangsa Palestin, umat Muslim dan umat manusia di seluruh dunia.Kali ini pula beliau menganjurkan pelaksanaan ibadat haji tidaklah terbatas dengan masa beberapa hari dalam bulan Zulhijah seperti yang kita amal sekarang, tetapi terbuka luas kepada beberapa bulan yang sudah maklum seperti yang wahyukan Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 197 yang menjadi sumber penghujahannya itu.
Sedikit masa lagi beliau akan menulis tentang ibadah berpuasa pula, berpuasa bukan hanya perlu dilakukan di dalam bulan Ramadhan semata-mata, tetapi boleh dilakukan dalam bulan-bulan Muharam, Safar, Rejab, Sha’aban dan sebagainya. Beliau akan mengunakan nas-nas al-Quran, hadith dan pandangan alim-ulama yang kita tidak tahu hujung panngkalnya. Alasannya sangat mudah, beliau mungkin akan menggunakan alasan-alasan untuk mengelakkan kesesakan orang ramai berebut-rebut pulang beraya ke kampung halaman, mengurangkan kesesakan kenderaan bagi mengelak kemalangan yang mengorban jiwa dan bermacam-macam lagi alasan boleh diberikannya. Malah pernah pada ketika kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun 2001, beliau menulis dalam Mingguan Malaysia juga bahawa menyambut perayaan Aidil Fitri bukan merupakan satu ibadah, tetapi hanya sebagai budaya semata-mata untuk bersukaria selepas sebulan berpuasa.
Manusia seperti Astora Jabat ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, beliau akan bertindak lebih berbahaya lagi daripada para orientalis barat yang menghina Islam dan memutarbelitkan fakta khususnya ibadah dalam Islam. Beliau akan bnertindak untuk mengelirukan umat Islam sepanjang masa yang beliau ada berpeluang berbuat demikian sepertimana yang beliau telah lakukan selama ini. Beliau pernah berkata ada Firaun baik dan ada juga Firaun jahat, Mahathir adalah Firaun baik katanya, sedangkan kita telah diajar bahawa Firaun itu jahat menentang ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.
Beliau juga mengunakan hujah-hujah berlandaskan nas-nas al-Quran untuk menghalalkan wanita daripada menutup aurat [bertudung]. 'Fatwa' sesatnya ini disiarkan di dalam Mingguan Malaysia juga pada 30.4.2000 [sebelas hari sebelum pemilihan Ketua Wanita UMNO]. Pemilihan tersebut berlaku pertandingan di antara Dr. Siti Zaharah Sulaiman [bertudung] dengan Rafidah Aziz. Juga fatwa ini untuk digunapakai oleh isteri bekas PM, PM sekarang[sudah meninggal dunia], TPM, menteri-menteri wanita dan isteri-isteri pemimpin UMNO yang tidak bertudung.
Katanya : "Ini kerana pada zaman itu dibezakan antara wanita Islam yang bebas dengan wanita Islam tidak bebas. Perbezaan ini bukan ditetapkan dalam al-Quran, tetapi ditetapkan oleh adat dan peraturan masyarakat pada zaman itu. Rasululah SAW dan para sahabat melarang wanita Islam yang tidak bebas bertudung kerana tunduk kepada realiti masyarakat pada zaman itu. Dengan itu tidak hairan jika sesetengah cerdik pandai Islam berpendapat kerana tiada lagi realiti masyarakat zaman itu–kerana perhambaan telah terhapus-maka sebab yang membeza-bezakan wanita [bertudung] tidak lagi dianggap relevan dengan zaman ini.”
Astora telah merendah, menghina, mengjahilkan sebilangan besar ulama zaman ini dan juga ulama zaman dulu, dan beliaulah yang paling alim pada anggapannya, walaupun tidak pernah didakwanya secara terang-terangan. Bukti-bukti Astora melakukan perkara merosakkan aqidah:
1.Dalam Bicara Agamanya yang bertajuk Hukuman zina zaman Rasulullah, (Mingguan Malaysia 22 Ogos 1999), Astora telah mengatakan ‘…Ini bererti baginda (Rasulullah SAW) melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran.’ Ini dinyatakan oleh Astora setelah memberitahu bahawa Nabi SAW telah menghukum isteri Hilal bin Umayyah dan pasangannya dengan 80 sebatan sehingga terjelir lidah kedua-duanya, setelah diadukan oleh Hilal kepada Nabi SAW bahawa isterinya telah berzina dengan pasangan kekasihnya itu. Sedangkan dalam al-Quran, hukuman ke atas penuduh orang lain berzina tanpa empat saksi sudah jelas iaitu haddul qazaf (80 sebatan) seperti dalam ayat 4 dan 5 daripada Surah al-Nur. Tetapi dalam kes ini–kononnya-penuduh (Hilal) tidak dihukum, bahkan yang dituduh tanpa saksi pula (isteri Hilal) yang kena sebat 80 kali. Jadi Astora buat kesimpulan mudah bahawa Nabi SAW telah melaksanakan hukuman menyalahi yang diperuntukkan dalam al-Quran.
2.Dalam artikel yang sama Astora menulis, “Maka itu sebabnya pada zaman kita ini tidak boleh lagi mengharapkan hukum hudud untuk mencegah perzinaan.” Dengan menggambarkan betapa sukar untuk mendapatkan empat saksi yang melihat sendiri perlakuan zina secara jelas (seperti melihat batang celak memasuki botolnya), maka Astora berakhir dengan kesimpulan bahawa hudud tidak boleh diharapkan untuk mencegah maksiat itu.
3.Fatwa salahnya yang mengatakan sah bersumpah dengan al-Quran, menuduh Saydina ‘Umar (r.a.) mengubah hukum hudud yang terkandung dalam al-Quran, bahkan menuduh Nabi SAW sendiri tidak melaksanakan hukum yang terdapat dalam al-Quran, mengatakan pelaksanaan hudud tidak boleh diharap lagi untuk mencegah maksiat pada zaman ini, menyimpan janggut dikatakan adat bukan ibadat, hudud tiada dalam al-Quran, hudud hanya gimik politik dan berbagai-bagai pendustaan, penyelewengan dan penyesatan lagi. Beliau juga ada mendakwa hukum bunuh ke atas si murtad tidak wujud dalam al-Quran dan menfitnah Imam al-Awza’ie sebagai pereka hadith murtad.
4.Cuba perhatikan contoh-contoh ini yang boleh kita buat perbandingan :
Tuan Guru kata hukum hudud wajib dilaksanakan tetapi Astora kata perintah Allah dalam al-Quran tentang melaksanakan hudud tidak sampai satu peratus.
Tuan Guru kata menegakkan negara Islam adalah wajib tapi Astora kata perintah mendirikan Negara Islam tidak ada dalam al-Quran dan al-Hadith.
Tuan Guru kata orang Murtad wajib dihukum bunuh setelah enggan bertaubat tetapi Astora kata tidak ada pun nas al-Quran dan al-Hadith yang kata kena hukum bunuh.
Tuan Guru kata kadar wajib tutup aurat bagi wanita ialah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan tetapi Astora kata tidak mengapa buka kepala dedah aurat.
Tuan Guru kata bencana dan bala adalah hukuman dari Allah SWT tetapi Astora kata itu hanya bencana alam.
Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama mempersiapkan minda kita dan masyarakat supaya bersiap-sedia mempunyai ‘jati diri’ untuk menghadapi isu-isu yang pastinya akan diketengahkan oleh Astora Jabat dari masa ke semasa untuk merongkai, mengelirukan dan melalaikan masyarakat dari ajaran Islam sebenar. Ini juga adalah merupakan sebahagian daripada strategi Islam Hadhari untuk menghalang Islam dijadikan sebagai cara hidup muslim sejati, berkeluarga, bernegara, bersosial, berekonomian, berpendidikan seperti kehendak al-Quran dan al-Hadith, demi mempertahankan survival UMNO.
Sekian. Wassalam.
p/s : sebagai renungan, cuba kita semua buka minda kita seluas-luasnya dan memikirkan mana yang baik buruknya...Allah kurniakan akal untuk kita berfikir..Astora Jabat sebenarnya secara terang-terangan telah menyelewengkan dan menyesatkan segala fakta-fakta kebenaran Islam..kenapa beliau tidak dihukum....?????...apa tanggungjawab kita dalam usaha menangani masalah ini....

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pas yang sesat..

11:38 PM  
Blogger Pewaris Melayu said...

pas yang sesat selama ni.. kalau kena dekat depa (pas) halal, kalau kena kt orang, haram.

fatwa sentiasa berubah, mengikut keadaan politik semasa, keluar fatwa bukan-bukan dan mengelirukan.

11:40 PM  
Anonymous Anonymous said...

Kepada individu-individu, parti politik, kerajaan, NGO dan sesiapa sahaja di luar sana. Tolonglah hentikan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam kerana menjaga kepentigan peribadi. Marilah sama-sama mendalami Islam dalam erti kata yang sebenar. Biarpun berlainan pendapat, namun diharap kita dapat bersatu dalam memperjuangankan Al-Quran dan Al-Hadith dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar

1:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ini bukan soal politik. Astora merupakan penganut fahaman pluralism. hati2 ketka membaca tulisan2 nya

2:13 AM  
Anonymous Anonymous said...

pas mengeluarkan statement berdasarkan al-quran,sunnah dan hadith tetapi UMNO mengeluarkan statement demi poket masing2.. renung2kanlah...

1:32 AM  
Anonymous Anonymous said...

kepada yang kata PAS sesat...igt baik2..hukum islam ALLAH yang tentukan. bukan PAS yagn tentukan.. klau dah hitam hati tuh, hitam lah segala perbuatan..

1:54 AM  
Anonymous Anonymous said...

umno...............................................................................................(busuk)................................................................................(mengaku melayu tapi memalukan melayu)........................................

11:28 AM  
Blogger mohd akhmar Mukhlisin said...

dia ni memang meroyan....tu psal p.lah klah..jg baca iktikal si meroyan ni....ukuran agama bukan pd sijil..d mana blajar....B.A ke..ape ke...

8:55 PM  

Post a Comment

<< Home