Scroll images by bigoo.ws

Sunday, January 01, 2006

Akhlak Remaja Masa Kini Makin Runtuh....

KUALA LUMPUR: Lebih 400 remaja dipercayai anggota kumpulan ‘Black Metal’ ditahan sewaktu menyertai satu konsert haram sempena sambutan tahun baru di Jalan Klang Lama, di sini, tengah malam tadi.

Kumpulan remaja berusia lingkungan 15 tahun hingga awal 20-an itu ditahan dalam satu serbuan di tingkat tiga sebuah bangunan dipercayai sedang berkumpul untuk menyertai konsert haram berkenaan.
Difahamkan, ketika ditahan semua anggota kumpulan remaja termasuk hampir 100 wanita itu berpakaian serba hitam dan kebanyakan mereka adalah pelajar. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan permit daripada pihak penganjur untuk mengadakan konsert dan dipercayai dewan yang digunakan disewa khusus untuk tujuan terbabit.
“Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang remaja lelaki dipercayai wartawan sebuah majalah Black Metal yang berpangkalan di Kuala Lumpur, selain merampas poster, cakera padat, kain rentang serta buku berunsur pengaruh ideologi ganas berkenaan,” katanya ketika ditemui, malam tadi.Difahamkan, konsert malam tadi adalah alternatif selepas penganjuran konsert awal yang dijadualkan berlangsung di Seremban berjaya digagalkan polis.
Dzuraidi berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk ujian air kencing
sumber dari http://www.bharian.com.my/ 1 Jan 2006 ( Ahad )
p/s : semakin hebat budaya-budaya barat yang semakin menular di Malaysia. Entah bila gejala ini mampu dikikis dan diatasi oleh umat Islam di Malaysia..???

0 Comments:

Post a Comment

<< Home