Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, December 28, 2005

Keputusan Kes Moorthy Diketahui Hari Ini..

oleh mujahid05
Hari ini penduduk di Malaysia akan menerima keputusan dari pihak mahkamah samada jenazah Wira Everest Allahyarham Mohamad Abdullah ( Moorthy ) akan dikebumikan secara Islam @ secara istiadat agama Hindu. Jika benar Wira Everest kita ini beragama Islam, bermakna jenazah beliau telah terseksa sebelum dikebumikan kerana menanti keputusan dari mahkamah. Tapi bagaimana jika keputusan memihak kepada isteri beliau..??.adakah pihak JAWI akan membiarkan jenazah Mohamad Abdullah ini yang dikatakan beragama Islam dikebumikan mengikut istiadat hindu. Bagaimana dengan sentimen kita selaku orang Islam apabila melihat seorang umat Islam yang sudah kembali kerahmatullah dikebumikan dengan istiadat Hindu. Bagaimanakah keadaan beliau berada di dalam kubur tanpa dibacakan talkin..??...adakah beliau akan dimandikan serta dikapankan secara orang muslim yang lain...???..jawapan bagi blog ini adalah tidak, jika jenazah tersebut menjadi milik isteri Moorthy. Jadi, dalam hal ini pihak yang betanggungjawab haruslah membuat keputusan yang tegas tambahan perkara ini melibatkan isu agama. Lihatlah, betapa lemahnya sistem pemerintahan yang berada di Negara kita. Moga Islam sentiasa beroleh kemenangan dan janganlah umat Islam di negara ini menjadi mangsa penindasan daripada agama lain. Malang sungguh kita umat Islam di Malaysia kerana teraniaya dengan undang-undang yang ada sekarang. Alangkah sedih dan malunya kita selaku umat Islam hanya mampu membiarkan jenazah mangsa diaibkan sedemikian rupa. Sejak Pak Lah mengambil teraju pemerintahan negara Malaysia, pelbagai peristiwa yang pelik-pelik berlaku. Selepas ini entah apa cerita yang akan muncul. Wallahualam............

0 Comments:

Post a Comment

<< Home