Perkara 121 (1A) Perlembagaan tidak perlu dipinda - PAS
BACHOK, 20 Jan (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pindaan perlembagaan Persekutuan mengenai perkara 121 (1A) tidak perlu dilakukan memandangkan hak penduduk bukan Islam di negara ini sudah terjamin.Katanya, Islam sendiri telah menjaga hak serta kepentingan golongan terbabit sejak awal lagi.
“Sekarang ini bukan masalah isteri tidak tahu apabila Allahyarham Mohamad Abdullah atau Moorthy menganut Islam, tetapi kecuaian individu terbabit, sama ada arwah tidak menjelaskan kepada isterinya bahawa dia sudah memeluk Islam atau isteri terbabit berbohong suaminya bukan Islam atas sebab-sebab tertentu.“Sedangkan hakikatnya dia tahu apa yang berlaku.
Untuk itu buat apa lagi perlembagaan hendak dipinda kerana ia hanya masalah individu tertentu sahaja,” katanya selepas meninjau perkembangan hakisan pantai di Pantai Irama, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Dato’ Seri S Samy Vellu yang meminta kerajaan meminda perlembagaan sedia ada bagi memastikan hak orang bukan Islam di negara ini lebih terpelihara.Isu itu timbul selepas berlaku kontroversi pendaki Everest, Sarjan M Moorthy atau Mohamad Abdullah memeluk Islam sebelum kematiannya tanpa pengetahuan isterinya yang masih beragama Hindu.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Meneri Besar Kelantan berkata, pindaan perlembagaan tidak perlu dilakukan memandangkan ia hanya masalah membabitkan seorang individu sahaja yang dikendalikan dengan cara yang tidak tepat.“Sekiranya perlembagaan dipinda, sudah pasti akan timbul lagi masalah lain pada masa akan datang,” kata beliau.
sumber dari http://bukitbesi.net
0 Comments:
Post a Comment
<< Home