Scroll images by bigoo.ws

Monday, January 16, 2006

Pertingkatkan kualiti fizikal institusi pendidikan PAS

TEMERLOH 13 Jan (Hrkh)- Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hassan Ali mencadangkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang diuruskan oleh pihak yang ada kaitan dengan PAS dipertingkatkan ketahap terbaik.

Beliau kecewa kerana institusi berkenaan banyak yang berada pada tahap tidak memuaskan dari segi fizikal mahu pun infranstrukturnya. "Orang ramai menilai keupayaan PAS dengan melihat institusi tersebut jika keduanya (Pasti dan SAR) berada dalam keadaan daif (bangunan usang dan sebagainya) adalah sukar bagi PAS untuk meraih keyakinan daripada pengundi. "Keyakinan rakyat terhadap PAS adalah penting, jika mereka yakin dengan kemampuan PAS barulah mereka akan mengundi PAS dalam pilihan raya," katanya ketika berucap kepada ibu bapa, guru-guru dan pelajar Pasti dekat sini.
Menurut Dr Hassan, sepanjang pengamatanya Pasti dan institusi pendidikan PAS agak ketinggalan dari segi fizikal serta kemudahan asas berbading institusi pendidikan milik swasta walaupun Pasti masih lagi baik tetapi ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak di dalam parti.
Beliau menegaskan Pasti bukanlah milik pelajar, guru-guru dan ibubapa yang mempunyai anak belajar di Pasti sahaja, tetapi ia adalah milik semua ahli PAS sekalipun mereka tidak mempunyai anak belajar di situ kerana Pasti adalah hak PAS dan PAS adalah hak semua ahli. "Ahli-ahli parti perlu memberikan komitmen mereka kepada Pasti kerana Pasti adalah hak PAS," katanya. Dr Hassan menggariskan empat perkara untuk maju di dalam pendidikan iaitu, ibu bapa, pelajar, guru-guru dan sekolah. Katanya ibu bapa seharusnya sentiasa dekat dengan sekolah memberi sumbangan kepada sekolah serta membantu guru-guru menceriakan sekolah. "Ibu bapa wajar menyumbang tenaga dalam semua aktiviti sekolah, termasuk juga menjaga keselamatan, kebersihan sekolah," katanya. Selain ibu bapa, guru-guru dan pelajar juga perlu mempunyai latihan dan kemahiran tertentu supaya mereka mampu membimbing pelajar dengan berkesan dan sempurna.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home