Scroll images by bigoo.ws

Thursday, February 09, 2006

Israel jangan tolak kerajaan baru Palestin

WASHINGTON 8 Feb. - Raja Jordan, Raja Abdullah semalam menggesa Menteri Luar Israel, Tzipi Livni agar memberi peluang kepada kerajaan baru Palestin yang bakal dipimpin oleh pergerakan Hamas menentukan polisi kepimpinan mereka sendiri.

Perkara itu disuarakan oleh Raja Abdullah pada satu mesyuarat di Washington sambil berpendapat Israel perlu menerima hakikat kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin baru-baru ini.

Menurut Livni, Israel tidak akan masuk campur dalam urusan Hamas biarpun pergerakan tersebut dikatakan ingin menyerang Israel sekiranya permintaan mereka tidak diluluskan oleh Amerika Syarikat (AS) serta negara kuasa dunia yang lain.

''Adalah penting bagi Israel untuk tidak menolak kerajaan baru itu sebulat-bulatnya sebelum mengkajinya terlebih dahulu,'' kata Abdullah kepada Livni.

Livni menambah, Hamas perlu melucutkan penggunaan senjata mereka, mengiktiraf Israel, menghentikan keganasan dan menerima perjanjian Palestin-Israel seperti mana yang diinginkan oleh AS, Russia, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, jurucakap Kedutaan Israel di sini David Siegel berkata, syarat-syarat tersebut bagaimanapun bukanlah petanda kepada sebarang bentuk rundingan kerana ia tidak boleh dirunding lagi
sumber dari http://www.utusan.com.my 9 Februari 2006 ( Khamis )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home