Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, February 08, 2006

Penyanyi rap pula dituduh hina Islam

BANGKOK: Umat Islam di Thailand mengemukakan aduan rasmi mengenai sebuah lagu rap yang menghina agama Islam kerana menyelitkan surah al-Quran dalam lagu itu.

Presiden Majlis Pertubuhan Islam Thailand (CMOT), Nithi Hassan, berkata beliau bersetuju dengan tindakan berkenaan kerana menyifatkan rapper, Joey Boy tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran dalam lagunya.“Kami fikir tindakan itu tidak betul. Kami tidak bersetuju dengan cara itu. Dia tak boleh buat begitu,” kata Hassan dalam wawancara menerusi telefon.
Lagu berkenaan yang bertajuk Chouy (Tidak Berbeza) dikeluarkan pada tahun lalu.Artikel dalam laman web Islam (www.muslimthai.com) berkata lagu terbabit jelas menghina al-Quran. Malah, laman web berkenaan berkata, al-Quran menghalang sebarang surah digunakan dalam lagu.
Joey Boy atau nama sebenarnya Abhisit Opasiemlikit memberitahu akhbar berbahasa Inggeris, Bangkok Post betapa dia terkejut apabila diberitahu lagunya menyebabkan umat Islam di Thailand berang.
Katanya, dia tidak tahu ada ayat al-Quran diselitkan dalam lagunya.“Kalau saya tahu, saya tak akan mahu nyanyikan lagu itu. Saya minta maaf,” katanya dipetik sebagai berkata. Opasiemlikit berkata, dia memohon maaf kepada umat Islam di Thailand dan berjanji akan menarik lagu berkenaan daripada pasaran.
sumber dari http://www.bharian.com.my/ 8 Februari 2006 ( Rabu )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home