Tentera Israel bunuh komander Jihad Islam
NABLUS 7 Feb. - Tentera Israel membunuh seorang komander Jihad Islam di pekan Nablus, Tebing Barat hari ini, sehari selepas membunuh dua pejuang lain pergerakan itu dalam serangan udara di Gaza.Tentera Israel melaporkan dua askarnya cedera dalam pertempuran di Nablus di mana askar telah mengepung sebuah bangunan untuk memaksa seorang pejuang bersenjata menyerah diri.
Kenyataan itu tidak menyebut sama ada pejuang Palestin tersebut telah dibunuh. Menurut satu sumber keselamatan Palestin, askar Yahudi membunuh seorang komander tempatan daripada Jihad Islam, sebuah pertubuhan yang bertekad untuk memusnahkan Israel dan bertanggungjawab melancarkan beberapa serangan berani mati di Israel baru-baru ini.
Serangan Israel itu merupakan yang terbaru dalam keganasan yang makin meningkat di Asia Barat.Sebelum kejadian itu, tentera Israel membunuh dua pejuang Briged Syahid Al-Aqsa dalam serangan udara ketiganya di Gaza semalam.Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Hassan Asfur, 25, dan Rami Hanuna, 28.
Kelmarin, Israel membunuh lima pejuang Palestin termasuk seorang pakar bom Jihad Islam dalam dua serangan berasingan di Gaza.Pada hari yang sama, seorang wanita Israel mati ditikam oleh seorang pemuda Palestin di tengah Israel.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home