Scroll images by bigoo.ws

Saturday, January 21, 2006

Ketua Wanita UMNO semakin GILA..!!!!!

Tidak selesai lagi dengan isu AP, Rafidah Aziz sekali lagi ingin menimbulkan kontroversi yang mengemparkan . Utusan Malaysia bertarikh 21 Januari 2006 menjadi bukti melalui hujah beliau yang menunjukkan betapa tidak cerdiknya Rafidah Aziz. Kali ini beliau mengeluarkan kenyataan yang sedikit sebanyak menguris perasaan umat Islam. Kemanakah sensitiviti Rafidah terhadap Agama Islam. Sepatutnya dalam hal sebegini beliau kena menyokong umat Islam yang semakin ditekan dan ditindas, tetapi sebaliknya beliau sendiri meyokong penyerahan memorandum oleh 9 menteri bukan Islam kepada menteri dan ia sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar
oleh Mujahid304


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Datuk Seri Rafidah Aziz membuat kejutan lagi. Beliau berkata, tindakan sembilan menteri Kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri supaya menyemak semula undang-undang berkaitan pertukaran agama sebagai wajar.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu tekanan atau ugutan sebaliknya usaha `rakan-rakan Kabinet' mewakili pendapat dan pemikiran orang bukan Islam.

Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika ditanya keperluan mengemukakan memorandum sedangkan isu itu boleh dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berkata:

``Tak apa... yang pentingnya memorandum itu sampai (kepada Perdana Menteri). Pada saya tidak jadi masalah kerana menteri Kabinet itu mewakili perasaan orang bukan Islam.
``Pada saya mereka objektif dan sebagai anggota Kabinet, mereka merasakan wajar konstruktif dalam hal ini.''

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Pada pendapatnya, kebimbangan yang dibangkitkan oleh menteri Kabinet bukan Islam itu sama dirasai oleh orang Islam juga.

``Pada pendapat saya, rakan kita dalam Barisan Nasional (BN) telah mengemukakan pandangan membina.

``Saya bukan peguam tetapi dari segi prinsipnya kena betulkan kalau ada salah tafsir supaya masyarakat tidak keliru dan tidak ada tafsiran salah demi kepentingan rakyat,'' katanya.

Ditanya adakah ini bermakna pergerakan itu sedia menyokong pindaan Perlembagaan seperti dicadangkan dalam memorandum tersebut, Rafidah berkata, perkara itu tidak dibincangkan.

Bagaimanapun, menurutnya: ``Kerajaan sudah mengatakan akan kaji, jadi kita menyokong kajian itu dibuat supaya tidak ada lagi kekeliruan atau percanggahan, antara bidang kuasa siapa hendak menentukan seseorang itu Islam dan siapa pula yang hendak buat susulan.''

Baginya, Wanita UMNO menerima pandangan bahawa pindaan adalah wajar supaya penentuan dibuat tentang prosedur yang berkenaan
p/s : Beginikah sikap dan perangai pemimpin UMNO sehinggakan sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa .Beliau tiada usaha untuk mempertahankan Akta 121 ( 1A ) yang merupakan kekuatan umat Islam di Malaysia ini. Sebagai umat Islam kita mesti mempertahankan Agama kita. Kita lihat, 9 menteri kabinet yang bukan beragama Islam sanggup berusaha dan bersatu menyerahkan memorandum kepada PM demi mempertahankan hak kaum dan agama mereka ,tetapi pemimpin BN yang beragama Islam dari negara yang kononnya dikatakan ISLAM tidak telus dalam mempertahankan maruah agama Islam sendiri yang majoritinya dianuti oleh penduduk di Malaysia. Jika beginilah sikap pemimpim UMNO, tidak mustahillah jika umat islam kita pada hari ini semakin ditekan dan tidak dihormati oleh non muslim walaupun mereka dari golongan yang minoriti. Kenapa anda masih memilih pemimpin yang sebegini...renung-renung dan fikirkanla..anda perlu ingat, sudah ramai muda-mudi kita yang beragama Islam di Malaysia sudah dimurtadkan..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home