Scroll images by bigoo.ws

Wednesday, January 18, 2006

Ikhtibar dari zaman Nabi


"BAHKAN ALLAH MAULA (PEMIMPIN) KAMU DAN DIALAH SEBAIK-BAIK YANG MENOLONG” - Surah Ali Imran ayat 150
Di dalam keadaan negara kita ini dilanda kegawatan keadilan dan meningkatnya kezaliman, amat perlu sekarang ini kita serahkan negara ini kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa.
Harapan yang diserahkan pada mahkamah dan polis untuk memperbetulkan keadaan negara ini akan sentiasa gagal jika niat kita bukan kerana Allah swt. Berikut cerita-cerita di zaman para nabi untuk dijadikan iktibar kepada kita semua. ..
dari kisah Nabi Yusof
Jibrail a.s. datang kepada Yusof katanya, hai Sidik siapa yang menjadikan dikau. Maka sahut Yusof Tuhanku dan siapa yang menjadikan dengan sebaik-baik rupanya yang amat elok itu. Maka sahut Yusof bahkan Tuhanku maka kata Jibrail, siapa yang mengeluarkan dikau di dalam telaga Jaba. Maka sahut Yusof a.s. Tuhanku juga maka kata Jibrail, siapa yang memelihara akan dikau daripada bencana Zaleha. Maka sahut Yusof, Tuhanku juga. Maka kata Jibrail siapa menyuruhkan kanak-kanak menjadi saksi pada tatkala engkau hendak dibunuh oleh Aziz Mesir akan dikau. Maka sahut Yusof Tuhanku juga. Maka kata Jibrail, jikalau demikian betapa juga engkau minta tolong kepada makhluk lain daripadaNya.

Tiadakah kau ketahui tatkala dibuangkan orang bapamu Ibrahim ke dalam api, adakah ia minta tolong kepada seorang jua pun selain pada Tuhannya Allah swt. Demikian katanya “HASBIALLAH HU WANAK MUL WAKIL”. Maka betapa engkau minta tolong kepada Saki suruh sampaikan kepada Malik Riyan dan adalah keduanya itu kafir. Mungkarkah engkau akan segala nikmat Tuhanmu firmanNya Jikalau kiranya tiada tilik Ku dan terhormatKu akan bapamu Ibrahim, Ishak dan Yaakob nescaya Ku keluarkan ia daripada mertabat segala nabi dan pangkat mursolin...
dari kisah Nabi Yaakob
Hatta maka ditanya Yaakob kepada Jibrail a.s. hai tuanku Jibrail, mengapa kau tegahkan anakku berkirim surat sekeping kertas kepada aku. Maka sahut Jibrail telah disuruh Tuhanku tegahkan anakmu berkirim surat kepadamu. Maka sembah Yaakob hai Tuhanku, mengapa Engkau tegahkan hambaMu Yusof berkirim surat kepada aku. Jikalau kiranya aku ketahui akan dia beroleh nikmat selama daripada hadratMu nescaya tiadalah sangat dukacita hatiku akan dia. Hatta maka diujikan Allah Taa’la kepada Yaakob dengan firmanNya hai Yaakob, sebab pun Ku tegahkan anakmu Yusof berkirim surat kepadamu kerana telah berkata engkau kepada anakmu tiada ku beri Yusof serta kamu (adik-beradik Yusof). Takut aku dimakan oleh harimau akan dia.

Tiadakah kau ketahui bahawasanya Aku jua Tuhan yang Amat Memelihara akan dia daripada kejahatan baginya. Maka tiada kau serahkan ia akan Daku dan kau takuti barang yang lain daripada Aku. Kerana itulah Ku seksai akan dikau dengan bala dukacita dan percintaan yang amat sangat. Setelah didengar keduanya firman Allah Taa’la demikian itu maka menangislah Yaakob serta minta ampun kepada Tuhannya. ..
dari kisah Nabi Musa
Nabi Allah Musa pun berdatang sembah, Ya Tuhanku siapa menguasakan anak lembu itu maka jadi bersuara dan berdaging dan berdarah itu. Maka firman Allah Taa’la, Aku jua berbuat dia yang demikian. Maka kata Musa a.s. bahawa tiada dapat yang lain melainkan dengan kehendakMu jua akan ehwal ini. Maka sembah Nabi Musa a.s. Ya Tuhanku, bahawasanya menyesatkan pun dengan sekehendakMu jua dan menunjukkan pada jalan yang sebenarnya pun dengan sekehendakMu jua.

Maka firman Allah Taa’la, Hai Musa bahawa kau berserahkan segala kaummu itu kepada saudaramu Harun dan tiada kau serahkan kepadaKu. Maka jadi sia-sialah segala kaummu itu lalu menyembah ia anak lembu itu. Bahawa sesungguhnya tiada terpeliharakan oleh saudaramu Harun itu akan mereka itu. Maka jika engkau serahkan kepada Aku segala kaum itu nescaya Ku peliharakan akan dia daripada sesat itu seperti Ku pelihara akan umat Muhammad Ku itu bahawasanya Muhammad itu diserahkannya umatnya kepada Aku. Maka Kuperliharakanlah akan dia mereka itu daripada bencana iblis itu. "

0 Comments:

Post a Comment

<< Home