Scroll images by bigoo.ws

Thursday, January 19, 2006

Konvensyen Tarbiyah PAS Melaka 19 Februari 2006

MELAKA, 18 Jan (Hrkh) - Badan Perhubungan PAS Melaka akan mengadakan Konvensyen Tarbiyah peringkat Negeri Melaka pada 19 Februari 2006.

Konvensyen tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Ar Rahmah dan dijangka akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, kata Setiausaha Kerja PAS Melaka, Haji Hasan Haji Dahan memberitahu wakil Harakahdaily selepas mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Melaka baru-baru ini. Beliau berkata para peserta terdiri daripada semua jawatankuasa Perhubungan, Kawasan, dan Dewan dari seluruh Melaka. Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan di konvenyen tersebut, kata Haji Hasan. Katanya lagi, tujuan konvensyen tersebut diadakan adalah untuk meriasasikan Tarbiyah dan Usrah di kalangan anggota terbabit. Pimpinan PAS Pusat dijangka hadir untuk membentangkan kertas kerja tersebut yang diadakan sehari, sambungnya. Sementara itu Lajnah Pendidikan PAS Melaka akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Melaka yang dijadualkan Mei depan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home