Maafkan dan Berkasih Sayanglah
Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa, kali ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah. Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut. Nabi menjelaskan bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik ke atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri. Nabi
khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.
Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya tiba-tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.
Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya, tetapi merangkumi seluruh manusia.
Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba Rasulullah mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut anaknya dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa. Atas kejadian
tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di rumah,
tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia meningkat
dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?
Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. Beliau tidak ingin seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan sekuat daya dan kemampuannya.
Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang buas sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu Rasulullah SAW bersabda; " Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling
berkasih sayang. "
Para sahabat berkata; " Kami sudah saling kasih sayang. "
Nabi bersabda; " Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas, tetapi sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. "HR. At-Thabrani
Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; " Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat ). "HR. At-Thabrani
Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya tidak mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini adalah berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita akan sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang kabut hidup kita. Belum lagi jika denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka matilah kita.
Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya. Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi anak-anaknya.
Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda; " Kasih sayang Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan tadi. Si ibu yang dikisahkan oleh 'Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai kasih sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup, dengan kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah akan menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya. Rasulullah membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda; " Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras hatinya. "HR. At-Tirmidzi
Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk bersikap keras.

Allah berfirman;
" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "QS. Aali Imran : 159
Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya adalah seruan untuk mengesakan Allah. " Agar Allah diesakan dan tidak disekutukan dengan apapun."
Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap bersikap lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung, beliau justeru menjawab; " Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka belum tahu. "
Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat manusia.
Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW terluka, gigi seri beliau

patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah Az-Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut. Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.
Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap bergema, ? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.?
Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih sayangnya tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat yang lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.
Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih sayang kepada sesama.

Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan.
Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan perilaku yang menyenangkan.
Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan. Lebih baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.
Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona dan
berwibawa.
sumber dari relexjap@yahoogroups.com

0 Comments:
Post a Comment
<< Home