Scroll images by bigoo.ws

Tuesday, January 17, 2006

Mewah & boros sungguh kerajaan Ali Rustam


"Peruntukan RMK8 belum habis, dapat lagi RM12 billion untuk RMK9?
Berdasarkan laporan AgendaDaily-Melaka, muka Ali Rustam tersenyum bila kerajaan Pusat Pak Lah mendapat RM12 billion lagi untuk RMK9.
Kata Ali lagi, peruntukan itu adalah untuk meneruskan semula projek-projek yang tertangguh pada tahun lepas dan setakat ini, tiga projek dikenalpasti antaranya jalan raya empat lorong Melaka-Muar, pembinaan kampus induk Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) di Durian Tunggal dan pintu kawalan paras air di Ulu Sungai Melaka.
Yang peliknya, lebuhraya Ayer Keroh ke Sg Udang masih berhutang 2 lorong lagi? Belum lagi cerita songlap duit untuk projek lebuhraya ini reda, Pak Lah bagi lagi RM 12 billion, iaitu 12 kali ganda lagi? Masya Allah… mari kita urut dada bersama-sama. Mari kita lihat apa hasil audit tahun hadapan.
RMK8 [2001 – 2005] vs RMK9 [2006 – 2010]
Sejumlah RM1.15 billion telah diperuntukkan daripada mantan PM, Che Det kepada Ali Rustam untuk tempoh 5 tahun untuk RMK8 yang mesti dibelanjakan seperti yang dirancangkan. Baik, mari kita lihat jadual di bawah sebaik mana kerajaan Ali Ketam dan kuncu-kuncunya telah membelanjakan peruntukan tersebut sepanjang tempoh 5 tahun lalu:

Prestasi Perbelanjaan RMK8
Sumber: Rekod Jabatan Negeri
Analisa Jadual
JKR Melaka dari tahun 2001 sehinggalah tahun 2004, prestasi perbelanjaannya sentiasa di bawah 20% dan ini langsung tidak boleh diterima! – Patutlah kualiti jalanraya di Melaka yang diselenggarakan oleh JKR negeri teruk, berlubang sana berlubang sini dan mutu tampalan pula tidak tahan lama! Kalau orang cakap tak buat kerja nantikan marah pula.
Jabatan Ketua Menteri iaitu jabatan Ali Ketam sahaja mendapat peruntukan sebanyak RM 132 juta? Mewah sungguh KM kita. Ni peruntukan untuk beli bunga ke, plat kereta atau untuk anak-anak yatim? Sapa boleh jawab tang ni?
Sungai Melaka lagi?Kata Ali lagi, peruntukan untuk Sungai Melaka kini sedang menunggu kelulusan daripada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) – Ya rabbi, apa betulke diorang ni buat kerja? Dulu, perbelanjaan sebanyak RM 9 juta telah digunakan untuk projek pembersihan dan pengindahan dari tahun 1995 -2000. Selepas itu, berjuta-juta lagi kerajaan Pusat suntikkan… sehingga tahun 2006 masih belum selesai ke? Apa cerita sebenar ni pakcik Ali?
Cabik Api16 Januari 2006"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home