Scroll images by bigoo.ws

Thursday, February 02, 2006

Hamas tolak desakan AS bubar tentera

GAZA 1 Feb. - Hamas hari ini menolak desakan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush supaya membubarkan sayap tenteranya selepas kemenangan pada pilihan raya Parlimen Palestin minggu lalu.

``Penentangan kami merupakan tindakan mempertahankan diri yang sah bagi menghadapi penindasan,'' kata Sami Abu Zuhri, pemimpin Hamas di Gaza.

Semasa ucapan dasar di Washington, Bush telah mendesak Hamas ``mengiktiraf Israel, melucutkan senjata, menolak keganasan dan menjayakan usaha damai berpanjangan.''

Hamas pula telah berikrar akan memusnahkan Israel dan telah melakukan hampir 60 serangan berani mati sejak kebangkitan Palestin pada tahun 2000.

Bagaimanapun pergerakan Hamas mematuhi gencatan senjata sepanjang tahun lalu dan akan menyerang sebagai tindak balas terhadap keganasan Israel.
sumber dari http://www.utusan.com.my 2 Februari 2006 ( Khamis )

0 Comments:

Post a Comment

<< Home