Hamas tetap bercita-cita merdekakan bumi Palestin
KETIKA banyak pihak sebelum ini mengharapkan pilihan raya umum Palestin pada dua minggu lalu akan sedikit sebanyak merintis jalan ke arah mewujudkan keamanan konflik Palestin-Israel, keputusan pengundian itu jelas mengelirukan banyak pihak. Hamas yang bertanding buat pertama kali dalam pilihan raya, mendapat kemenangan besar di Gaza dan Tebing Barat apabila meraih 76 daripada 132 kerusi di Parlimen, menyaksikan pergerakan Fatah dan sekutunya hanya memiliki 43 kerusi. Keputusan ini juga menyaksikan buat pertama kali dalam 40 tahun, Fatah seperti jatuh ditimpa tangga apabila hilang kedudukan sebagai pertubuhan utama dalam Palestin ketika kematian Presiden Yasser Arafat pada 2004 masih dirasai.
Sebaik kemenangan Hamas, pemimpin dan blok dunia, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan sekutu Amerika, terus mengeluarkan pelbagai ugutan kepada Hamas bagi memastikan pergerakan itu mematuhi segala perancangan yang mereka gariskan untuk Palestin.
Bagaimanapun, dalam masa sama, masih ramai masyarakat dunia yang mahu melihat era baru di Asia Barat selepas ketiadaan Arafat dan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon yang kini diibarat menanti kedatangan ‘Malaikat Maut’.
Apakah sebenarnya dalam sejarah perjuangan Hamas yang membolehkan ia kini menguasai Parlimen Palestin? Singkatan nama Hamas pertama kali muncul menerusi risalah pada 1987 dan risalah itu mendakwa perkhidmatan perisikan Israel berusaha merosakkan dan mencemarkan akhlak serta moral pemuda pemudi Palestin selain merekrut mereka menjadi tali barut Zionis.
Penggunaan kekerasan oleh Hamas pula muncul serentak dengan kebangkitan pertama penduduk Palestin dalam Intifada Pertama, bermula dengan usaha pergerakan itu menghukum mereka yang didakwa menjadi tali barut Israel, melancarkan serangan ke atas sasaran tentera Yahudi sebelum beralih ke arah penduduk awam Israel.
Serangan terhadap penduduk awam Israel itu berasaskan hakikat bahawa semua rakyat Israel diwajibkan menyertai tentera kerahan kerajaan Yahudi itu meskipun untuk tempoh singkat.
Menurut biografi tidak rasmi Hamas, pergerakan itu berkembang menerusi empat fasa utama.
1967-1976: Penubuhan cawangan Pergerakan Ikhwanul Muslimin di Semenanjung Gaza bagi menghadapi kezaliman pemerintahan Israel.
1976-1981: Perluasan geografi menerusi penyertaan dalam pertubuhan profesional di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dan mengasaskan al-Mujamma` al-islami, al-Jam`iyya al-islamiyya dan Universiti Islam Gaza.
1981-1987: Menerusi pengaruh politik dengan penyertaan dalam mekanisme tindakan dan persediaan perjuangan bersenjata.
1987: Hamas secara rasmi diasaskan sebagai cabang tempur Ikhwanul Muslimin di Palestin dan melancarkan jihad yang berterusan.
Fakta berkenaan sebenarnya tertumpu kepada kegiatan Hamas di Semenanjung Gaza, pertubuhan itu di Tebing Barat berkembang agak berbeza dengan kurang penekanan terhadap penubuhan institusi sosial dan awam.
Anggota Ikhwan di Tebing Barat bergerak sebagai sebahagian daripada Pergerakan Islam Jordan yang sejak sekian lama bersekutu dengan rejim Hashimiah.Selain itu, anggota Ikhwan di Tebing Barat dianggotai golongan menengah termasuk ahli perniagaan, pemilik tanah serta pegawai kelas pertengahan dan golongan profesional.
Menjelang pertengahan 1980-an, Ikhwan memegang kedudukan utama dalam institusi agama di Tebing Barat.Dengan perkembangan semasa kekejaman Israel dan penentangan Hamas terhadap Israel dan dasar pentadbiran Arafat, Hamas pada awal 2000 mengorak langkah lebih berani dan berhemah.
Pada 26 Januari 2004, pegawai kanan Hamas, Abdel Aziz al-Rantissi menawarkan Hudna atau peletakan senjata selama 10 tahun, sebagai balasan kepada pengunduran Israel dari kawasan yang ditawannya dalam Perang Enam Hari serta penubuhan sebuah negara Palestin merdeka.Pemimpin Spiritual Hamas, Sheikh Ahmed Yassin menegaskan kumpulan itu sedia menerima penubuhan sebuah negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.Rantissi mengesahkan Hamas memutuskan adalah sukar untuk memerdekakan seluruh tanah Palestin pada tahun ini dan dengan itu, Hamas sedia menerusi konsep kemerdekaan berperingkat.
Bagaimanapun, pada 22 Mac 2004, Sheikh Yassin mati dibunuh oleh Israel dalam serangan peluru berpandu selepas beliau menunaikan solat di masjid dan Rantissi mengambil alih tempat Yassin.
Pada 28 Mac, Rantissi berucap di Universiti Islam Gaza menyatakan, Amerika sudah mengisytiharkan perang terhadap Tuhan dan begitu juga Sharon. Dengan itu, Tuhan mengisytiharkan perang terhadap Amerika, Bush dan Sharon.Bagaimanapun, kurang sebulan selepas itu, Rantissi pula mati dibunuh oleh Israel, lima jam selepas Hamas melakukan serangan berani mati.
Berikutan itu, pemimpin Hamas di Syria, Khaled Mashaal menyatakan, Hamas tidak lagi akan mendedahkan nama pemimpin pergerakan itu.
Perisikan Israel yang mempunyai ramai tali barut di Palestin termasuk masih mempunyai saki-baki ejennya dalam Hamas membuat kesimpulan, Hamas kini diterajui oleh Mahmoud al-Zahar dibantu oleh Ismail Haniya dan Sa'id A-Siyam.
Pada 2004, tentera Yahudi percaya infrastruktur Hamas sudah lemah akibat operasi berterusan Israel termasuk tindakannya membunuh ketua sayap gerila Hamas di Syria, Izz El-Deen Sheikh Khalil.
Hamas era 2004 kemudiannya mengatur strategi yang lebih berkesan dengan menumpukan gerakan membongkar penyelewengan kerajaan Pihak Berkuasa Palestin pimpinan Arafat dan penggantinya, menyaksikan usaha Hamas terus mendapat sokongan rakyat Palestin.Kemuncak daripada strategi Hamas adalah penyertaannya dalam pilihan raya lalu dan tindakannya drastiknya menggugurkan matlamat menghancurkan entiti Israel daripada manifesto pilihan raya parti itu.
Sokongan terhadap Hamas terbukti apabila mendapat 76 kerusi, malah ada pemerhati politik menyatakan, Hamas sebenarnya berpeluang memastikan tiada wakil Fatah dalam parlimen Pihak Berkuasa Palestin.
Kini, masyarakat dunia yang diterajui Amerika dan Israel, menuntut Hamas menggugurkan sepenuhnya matlamat utama perlembagaannya untuk melihat kehancuran Israel jika mahu diterima sebagai sebuah kerajaan dan terus mendapat bantuan kewangan.
Tidak mustahil Hamas boleh mengubah strateginya dalam aspek ini seperti yang dilakukannya dalam manifesto parti dan kenyataan Sheikh Yassin pada Januari 2004, tetapi persoalan kini, apakah Israel, Amerika, Kesatuan Eropah, PBB dan konco-konconya menerima Hamas.
Jika Washington sedia menerima Komunis Vietnam, mengapa ia tidak mengulanginya dengan Hamas Baru yang terbukti dipilih untuk berkuasa secara sah menerusi proses demokrasi yang ditaja sendiri oleh Rumah Putih bagi rantau Asia Barat.Jika era Arafat dan Sharon berakhir, sudah tentu masyarakat dunia turut mengharapkan Washington dan Israel turut berubah dan berkompromi jika benar-benar ikhlas mencari keamanan.
sumber dari http://www.bharian.com.my/ 1 Februari 2006 ( Rabu )

0 Comments:
Post a Comment
<< Home