`Kami tentang tekanan Barat' - Presiden Iran bertekad selesaikan program nuklear
TEHERAN 1 Feb. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini berikrar, negaranya akan menentang tekanan Barat dan akan menyelesaikan program nuklearnya, sehari sebelum pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa Iran ke Majlis Keselamatan.``Kita akan meneruskan langkah sehingga semua hak dilaksanakan,'' katanya semasa berucap di hadapan beribu-ribu rakyat di selatan Iran.
``Tenaga nuklear adalah hak kami dan kami akan menentang sehingga semua hak kita direalisasikan,'' katanya.Ucapan beliau di Busher itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui televisyen.
Busher menempatkan satu-satunya loji nuklear yang berjaya disiapkan oleh Rusia.Sementara itu di London, Setiausaha Luar Britain, Jack Straw berkata, persetujuan yang dicapai oleh kuasa-kuasa besar dunia untuk melaporkan Iran kepada Majlis Keselamatan PBB merupakan peluang
terakhir bagi Teheran memenuhi tanggungjawab nuklearnya.Straw memberitahu radio BBC, persetujuan yang dicapai oleh Britain dan semua anggota tetap Majlis Keselamatan adalah, sebarang tindakan terhadap Iran perlu ditangguhkan sehingga Mac ini.
Penangguhan itu bertujuan memberi ``peluang terakhir'' kepada Teheran untuk mematuhi tanggungjawab nuklearnya.Kata Straw, beliau menekankan perkara tersebut semasa pertemuan dengan Menteri Iran, Manoucher Mottaki semalam dan hari ini.Manoucher pula berkata, negaranya akan menghentikan pemeriksaan mengejut ke atas kemudahan-kemudahan nuklearnya oleh pemantau PBB bermula Sabtu ini jika Teheran dirujuk kepada Majlis Keselamatan.
Beliau bercakap menerusi televisyen Iran lewat semalam sebelum lembaga gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bermesyuarat di Vienna.``Melaporkan atau merujuk Iran kepada Majlis Keselamatan PBB adalah sama berat.``Jika terjadi kerajaan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang akan menamatkan semua penggantungan aktiviti nuklear yang dilakukan secara sukarela selama ini,'' kata Manoucher.
``Mangsa pertama adalah protokol tambahan (pemeriksaan mengejut). Jika ia berlaku Iran akan serta-merta menamatkan kerjasama (dengan IAEA) pada hari Sabtu, 4 Februari,'' tegasnya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home