Annan kecewa sikap AS

''Saya kecewa dengan AS,'' kata Annan kepada para pemberita.
Menurut beliau, AS dipuji atas ''kepimpinan dan pendiriannya yang bermoral'' mengenai hak asasi manusia tetapi berharap negara itu dapat mencari cara-cara untuk menyertai usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negara anggota PBB yang lain.
Isnin lalu, Duta AS John Bolton mengumumkan pendirian Washington terhadap resolusi yang dirangkakan itu untuk penubuhan majlis keselamatan hak asasi manusia dan berkata beliau akan mengundi ''tidak'' jika pengundian diadakan.
Pada waktu yang sama, Britain menolak pendirian Eropah berhubung dengan penubuhan majlis itu dan berkata tentangan AS perlu diambil kira sebelum resolusi tersebut diluluskan.
Kesatuan Eropah (EU) berkata lewat kelmarin bahawa mereka menganggap rangka resolusi itu memenuhi keperluan asas bagi penubuhan sebuah Majlis Hak Asasi Manusia yang baru.
Rangka resolusi itu disusun oleh Presiden Perhimpunan Agung PBB, Jan Eliasson.
''EU menganggap resolusi tersebut sebagai satu kompromi,'' kata EU dan menambah bahawa pihaknya menyokong usaha Eliasson.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home